Jumlah Kes Covid-19 Di Malaysia Dijangka Akan Memuncak Pada Pertengahan April - WHO
Sama-sama kita doakan yang terbaik.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini menjelaskan bahawa menurut data yang dimiliki pada ketika ini, Pejabat WHO Negara menganggarkan Malaysia menunjukkan jumlah tertinggi pesakit di hospital pada pertengahan bulan ini
Lebih dikhuatiri adalah jumlah kes Covid-19 di Malaysia juga dijangka bakal mencapai puncak pada pertengahan bulan ini.
Menurut laporan, Ketua Misi merangkap wakil WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura iaitu Ying-Ru Lo, turut menjelaskan bahawa jumlah pesakit kritikal di negara ini dijangka meningkat menjelang minggu depan, namun ramalan WHO itu mungkin berubah.
Ini kerana sehingga hari ini, Malaysia dikatakan mempunyai jumlah jangkitan Covid-19 yang tertinggi di Asia Tenggara dengan 2,908 kes telah disahkan
Walau bagaimanapun, arahan larangan perjalanan serta Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan wabak koronavirus ini telahpun dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Menurutnya, orang ramai disarankan untuk setia duduk di rumah pada masa yang kritikal saat ini bagi membantu pihak berkuasa, doktor, serta frontliner memutuskan rangkaian penyakit berjangkit ini dengan segera
Ying-Ru juga berkata, “Wujud tanda-tanda lengkungan kadar kes akan mendatar tetapi ia mungkin melonjak kembali jika langkah pencegahan sedia ada dilonggarkan atau orang ramai tidak lagi mematuhi arahan perlindungan."
Tambahan pula, data mengenai jangkitan baru setakat ini dan langkah pemantauan tambahan tidak menunjukkan penyebaran meluas wabak dalam kalangan penduduk di Malaysia.
Setakat ini terdapat 102 pesakit coronavirus ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh Malaysia dan 45 kematian dilaporkan.