seismik

[VIDEO] Luar Biasa! Kanak-Kanak 2 Tahun Ini Hafal Kesemua 42 Surah Dalam Al-Quran

Bacaan Al-Quran telah menemani hidup Ahmad Ziyyad sejak dalam kandungan sehingga kini.

Cover image via Shahida Lukman / Facebook

Siapa tak terkejut jikalau anak sendiri mampu untuk menghafal kesemua 42 Surah yang ada dalam Al-Quran pada usia yang sangat muda iaitu 2 tahun

Baru-baru ini, anak cilik iaitu Ahmad Ziyyad Mohd Zahir telah menjadi buah mulut netizen apabila dia dikatakan mampu untuk membaca Al-Quran, sekali gus menghafal kesemua surah yang ada termasuk semua ayat lazim Muqadam.

Anak kecil luar biasa, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir.

Image via Shahida Lukman / Facebook

Ahmad Ziyyad fasih membaca Al-Quran pada umur 2 tahun 8 bulan. Ibunya berkata, dia sudah mula menunjuk minat untuk membaca Al-Quran seawal usia 11 bulan.

Ibu Ahmad Ziyyad, Shahida Lukman.

Image via Shahida Lukman / Facebook

Melalui perkongsian ibu Ahmad Ziyyad, Shahida Lukmanbeliau berkata mereka mula mengesan minat anaknya untuk menghafal Al-Quran sejak berusia 11 bulan lagi.

"Ketika itu kami dapat lihat mulutnya terkumat-kamit mengikut saya membaca Al-Quran walaupun sebutannya kurang jelas," katanya.

Menurut Shahida lagi, mereka sentiasa memasang ayat suci Al-Quran ketika di rumah, di dalam kereta atau ke mana saja mereka pergi bersama Ahmad Ziyyad

Bercakap lebih lanjut tentang kaedah yang digunakan untuk memudahkan lagi anak cilik mereka untuk menghafal Al-Quran, Shahida berkata mereka tidak pernah memasang lagu lain selain daripada ayat-ayat suci Al-Quran apabila mereka di rumah, di dalam kereta mahupun di tempat kerja.

Kaedah ini telah digunakan untuk memudahkan lagi anak cilik mereka untuk menghafal Al-Quran dan mendengar cara sebutannya dengan jelas agar Ahmad Ziyyad boleh menyebutnya dengan betul hari demi hari.

Menggunakan teknik mewarna huruf merupakan salah satu kaedah berkesan yang Ahmad Ziyyad sendiri pilih. Dia juga akan membezakan setiap huruf dengan warna yang berbeza.

Posted by Shahida Lukman on Wednesday, January 3, 2018

Shahida berkata lagi, sejurus bangun dari tidur, Ahmad Ziyyad terus meminta untuk mewarnakan huruf jawi (Alif Ba Ta..).

Ahmad Ziyyad juga sangat kreatif apabila dia sendiri memilih warna yang berbeza bagi setiap huruf agar lebih mudah untuk dikenali. Sesungguhnya kanak-kanak ini sangat kreatif dan tidak seperti kanak-kanak yang lain.

Lihat bagaimana anak kecil cilik ini membaca Al-Quran dengan fasih walaupun sebutannya masih belum jelas

Surah Al-Ghashiyyah...ziyyad dh batery low dh ni..tapi die tahan jugak mata.geram betul la ngn budak susah nak tdo ni #ahmadziyyad #2y8m #alquransahabatku

Posted by Shahida Lukman on Tuesday, January 2, 2018

Video Ahmad Ziyyad membaca surah Al-Waqiah yang dimuat naik di laman Facebook ibunya telah pun mendapat perhatian netizen dengan jumlah tontonan sebanyak 400k dan 15k perkongsian.

Ahmad Ziyyad sememangnya luar biasa! Namun, ini tidak bermakna kanak-kanak lain tidak mampu melakukannya.

Kesimpulannya, jika diberi pendedahan dan latihan sejak kecil, pastinya setiap kanak-kanak akan lebih mudah untuk mendekati dan menghafal Al-Quran.

Apa kata mulai hari ini, kita lazimkan diri kita dan keluarga dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan dekatkan lagi dengan mukjizat teragung ini. Sama-sama kita usahakan agar dapat menjadi hamba yang lebih baik di mata Yang Maha Esa.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Antara perkongsian lain di SEISMIK:

You may be interested in: