seismik

Seorang Kanak-Kanak Lelaki Berusia Dua Tahun Maut Disengat Tebuan 67 Kali

Sentiasa pantau aktiviti anak-anak. Malang tak berbau.

Cover image via Healthline

Kejadian menyedihkan itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 5 petang di Kampung Padang, Kuantan, Pahang

Mangsa, Khaleef Eusoff yang berusia dua tahun dikatakan sedang bermain diluar rumahnya kira-kira pukul 5 petang sebelum menghampiri kawasan sarang tebuan yang terletak lebih kurang 10 meter dari luar kawasan rumahnya.

Memetik kenyataan daripada bapa mangsa, Raafiee Abdul Rahim, 39, ketika kejadian anaknya itu bermain berhampiran dengannya yang sedang berkebun di bahagian luar rumahnya itu. Beliau kemudiannya dikejutkan dengan jeritan dan tangisan Khaleef Eusoff yang badannya telah dikerumuni serangga berbisa tersebut.

Image via Healthline

"Saya segera menarik dan membersihkan badannya hingga saya turut disengat tebuan sebelum kami membawanya ke Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

"Saya dan isteri kemudiannya membawa anak kami ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) kerana hospital itu mempunyai kemudahan yang lengkap untuk merawat Khaleef," katanya lagi.

hmetro.com.my

Namun, akibat dari kandungan toksik yang terlalu tinggi di dalam darah, Khaleef disahkan meninggal dunia sekitar jam 8 pagi semalam

Menurut Raafiee, kandungan toksik yang terlalu tinggi di dalam darah Khaleef membuatkan sistem organ dalamannya gagal untuk berfungsi dan anaknya itu disahkan meninggal dunia sekitar pukul 8 pagi semalam.

Jenazah Khaleef selamat dikebumikan pada jam 2.30 petang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang dan pihaknya juga telah memaklumkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk melakukan kerja pembersihan dan memusnahkan kawasan sarang tebuan itu.

Jelas Raafiee lagi, dia sedar tentang kewujudan sarang tebuan itu yang terletak di kawasan tong drum yang ditinggalkannya di luar kawasan rumah sejak beberapa hari yang lalu.

"Saya redha dengan apa yang berlaku walaupun masih terbayang keadaan Khaleef yang meraung kesakitan ketika saya memangkunya dan membawa dia ke hospital.

"Ketika di hospital dia masih dalam keadaan sedar dan boleh bercakap sebelum keadaannya menjadi kritikal pada tengah malam semalam sebelum meninggal dunia," akhirnya.

hmetro.com.my

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi kes berkaitan kanak-kanak yang pernah berlaku sebelum ini

You may be interested in: