Kedai Mandikan Haiwan Peliharaan Layan Diri Buka 24 Jam Ada Di Subang
Tak sangka ada kedai mandikan haiwan layan diri :O
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemilik haiwan peliharaan di Subang Jaya kini boleh memandikan haiwan peliharaan masing-masing di pusat perapian haiwan peliharaan layan diri 24 jam ini
Bailey's 24hr Pet Wash merupakan tempat memandikan haiwan peliharaan layan diri yang dibuka sepanjang masa, dengan kemudahan khusus untuk anjing dan kucing.

Bagi pemilik anjing, Bailey's menyediakan mesin basuh automatik untuk mengendalikan proses mencuci

Pilihan membersihkan haiwan peliharaan manual turun disediakan untuk kedua-dua haiwan anjing dan kucing
Stesen cucian manual membolehkan anda mengawal keseluruhan proses, daripada membasahkan haiwan peliharaan hinggalah menyental sendiri dengan teliti.
Air suam juga disediakan di stesen cucian manual.


Proses mandian secara manual adalah seperti biasa tetapi lebih dilengkapi dengan ciri yang sesuai
Apa yang anda perlu lakukan semasa memulakan proses mandian gunakan mesin untuk membasahkan haiwan peliharaan anda dengan air suam.
Kemudian, tekan butang untuk mengeluarkan syampu dan perapi sebelum menyental haiwan dengan baik.
Bailey's menggunakan Syampu dan Perapi Pawpuff Oatmeal, yang direka bentuk cukup lembut untuk kegunaan biasa.

Setelah haiwan peliharaan anda bersih sepenuhnya, tiba masanya untuk bahagian yang paling sukar di jika dilakukan di rumah iaitu pengeringan.
Stesen cucian dilengkapi dengan pengering berkelajuan tinggi untuk membantu mengeringkan haiwan peliharaan anda sebelum pulang ke rumah.
Anda juga boleh membawa tuala sendiri untuk proses pengeringan dan keselesaan tambahan.

Premis dibuka 24 jam, jadi anda boleh singgah bila-bila masa sahaja
Terdapat juga mesin layan diri di mana anda boleh mendapatkan barang keperluan seperti tuala dan apron jika terlupa membawanya dari rumah.
Mesin pencucian tanpa tunai menerima kaedah pembayaran e-wallets termasuk Touch 'n Go dan GrabPay.
Berikut adalah lokasi Bailey's:
Alamat
11A, Tingkat Bawah, Jalan USJ 8/2B, Usj 8,
47630 Subang Jaya, Selangor
Dibuka 24 jam setiap hari.
Website | Instagram

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via