x

seismik

Kedai Panggil Bila Makanan Dah Siap, Lelaki Ini Sempat Letak Nama 'Special' Undang Tawa

Aduhai, menyempat bang.

Cover image via @alif_ashaari (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika dilihat pada hari ini, kemudahan memesan makanan lebih mudah berbanding dulu

Banyak aplikasi yang terdapat sekarang lebih memudahkan dan menjimatkan masa kita, hanya perlu klik dan pesanan anda akan dihantar.

Namun, ada juga yang memilih untuk datang sendiri ke kedai dan membungkusnya. Semuanya terpulang pada individu itu sendiri.

Lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki sengaja ‘mengenakan’ pihak kedai makan dengan panggilan nama istimewa telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Saja letak nama lain supaya dipanggil kuat-kuat

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berada di salah sebuah kedai makan yang bernama Farasha.

Difahamkan, kedai makan itu akan memanggil nama dengan kuat selepas siapnya makanan pelanggan mereka untuk diambil sendiri.

Tetapi, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah lelaki itu tidak meletakkan namanya sendiri malah meletak nama 'sayang' sebagai panggilannya.

"Muka dia macam kecewa je sebab bro yang jawab bukan cik adek manis" - Netizen

Sementara itu, tinjaun di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga turut terhibur melihat gelagat lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 248.6K views, 35.1K likes dan 313 comments di Tiktok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sempat lagi dia kenakan abang tu ya. Lawaklah :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik