Wanita Berusia 40-an Diperkosa Tiga Lelaki Di Pusat Kuarantin Covid-19 Di India
Mangsa diletakkan sendirian di sebuah sekolah, tetapi kemudian dirogol tiga lelaki.
Malang sememangnya tidak berbau dan ia boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja tanpa mengira tempat
Itulah situasi yang sesuai diungkapkan terhadap wanita ini apabila dirinya telah diperkosa ketika berada di sebuah pusat kuarantin Covid-19 baru-baru ini.
Apa yang menyedihkan, sebelum kejadian wanita itu dikatakan lupa jalan pulang untuk ke rumah dan telah berjalan berpuluh kilometer tanpa diketahui arah tujuannya sebelum ditempatkan di sebuah pusat kuarantin.
Kejadian hitam itu telah berlaku terhadap seorang wanita berusia lingkungan 40-an di India
Apa yang lebih memeritkan adalah apabila mangsa telah diperkosa oleh tiga orang lelaki.
Memetik laporan, wanita tersebut sedang menjalani proses kuarantin sendirian di sebuah sekolah di Rajasthan, Khamis lalu selepas dia ditemui pihak berkuasa ketika mahu menumpang untuk berteduh di sebuah balai polis.
Terdahulu, wanita yang tidak mempunyai sebarang pengenalan diri itu dikatakan lupa jalan pulang ke rumahnya sebelum berjalan berpuluh kilometer tanpa arah tuju.
Oleh kerana tiada kemudahan perlindungan sementara, mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah sekolah yang dijadikan pusat kuarantin Covid-19
Jurucakap polis daerah Sawai Madhopur, Parth Sharma berkata, mangsa telah diletakkan sendirian di sekolah berkenaan, namun kemudian dirogol tiga lelaki.
"Polis yang menjalankan siasatan berjaya menahan ketiga-tiga suspek," katanya.
Sharma berkata, mangsa juga akan menjalani ujian Covid-19 di pusat kuarantin berkenaan.
Suruhanjaya Kebangsaan bagi Hal Ehwal Wanita India melaporkan perintah berkurung menyaksikan peningkatan kes keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak di negara itu.