x

seismik

"Kejam & Zalimnya" - Ganjaran RM5,000 Untuk Pemberi Maklumat Monyet, Biawak Mati Dipanah!

Tawaran tersebut dibuka kepada umum termasuk rakan pemanah dengan jaminan maklumat pengadu dirahsiakan.

Cover image via Persatuan Haiwan Malaysia / Facebook

Sejak kebelakangan ini, kes penganiayaan terhadap haiwan kian menjadi-jadi dalam kalangan masyarakat di Malaysia

Gambar sekadar hiasan.

Image via Cikgu Aidafatiha / Facebook

Terbaru kejadian kekejaman terhadap dua monyet dan biawak yang berlaku di Taman Rimba Kiara dekat Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut laporan, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menerima maklumat awam melalui media sosial selepas tular gambar serta video kecederaan haiwan berkenaan akibat dipanah.

Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika berkata, difahamkan, seekor monyet dan seekor biawak mati akibat kejadian itu, manakala seekor lagi monyet dilaporkan cedera akibat dipanah individu tidak bertanggungjawab.

"Berdasarkan video diterima, kami yakin ada individu bersama pemanah berkenaan yang merakam kejadian terbabit sebelum rakaman itu ditularkan di media sosial," katanya.

Animal Malaysia menawarkan wang tunai RM5,000 kepada individu yang menyalurkan maklumat lengkap berhubung kejadian kekejaman itu

Selain itu, sijil penghargaan serta cenderahati kepada individu yang menyalurkan maklumat lengkap daripada peringkat mengenal pasti pemanah hingga pelaku dijatuhkan hukuman.

Tambah Arie lagi, pihaknya difahamkan monyet yang mengalami kecederaan itu masih mempunyai anak panah tertusuk pada badannya."Ada pihak cuba mengubati monyet berkenaan, namun usaha terbabit gagal kerana ia melarikan diri dalam keadaan anak panah masih berada di badannya.

"Kami amat memandang serius terhadap isu penganiayaan haiwan tanpa sebab ini dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit.

"Orang ramai diminta jangan bertindak melulu dengan melakukan kekejaman terhadap haiwan terutama kepada haiwan dilindungi, yang tersenarai Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010," katanya.



Diharap orang ramai yang mempunyai maklumat untuk segera tampil dan hubungi hotline WhatsApp Animal Malaysia di talian +6011-20901097.

Semoga pelaku dibawa ke muka pengadilan!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: