Masih Belum Terlambat, Ini Cara Paling 'Simple' Nak Tebus Bantuan Kredit RM50 ePenjana
Boleh tebus melalui Touch 'n Go eWallet, GrabPay dan Boost.
Umum sedia maklum, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dalam usaha merangsang dan memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat daripada wabak pandemik Covid-19
Salah satu inisiatif yang diambil di bawah pelan ini adalah pengenalan program kredit e-Penjana.
Program ini melibatkan peruntukan bernilai RM750 juta dan seramai 15 juta rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada program ini.
Kerajaan memberikan kredit dompet digital sebanyak RM50 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui eWallet yang mengambil bahagian.
Terdapat tiga aplikasi eWallet yang mengambil bahagian dalam program ini, termasuklah Touch 'n Go, GrabPay dan Boost
Anda sudah boleh menebus kredit RM50 ini sekarang sehingga 24 September 2020. Begitupun, anda mesti mempunyai akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera terlebih dahulu.
Difahamkan, proses pengesahan untuk penebusan akan mengambil masa sehingga 5 hari sebelum wang dikreditkan dalam akaun eWallet anda.
Bagaimana nak tebus? Jom kita lihat cara untuk menebus daripada ketiga-tiga aplikasi ini:
1. Touch 'n Go eWallet
- Langkah 1: Pastikan anda memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera dan kemas kini aplikasi Touch 'n Go eWallet dengan versi terkini.
- Langkah 2: Buka aplikasi – klik pada kotak program ePenjana di halaman utama aplikasi.
- Langkah 3: Tandakan (/) pada terma dan syarat – klik butang ‘Claim Now‘.
- Langkah 4: Sahkan akaun terlebih dahulu – Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan – Klik butang ‘Submit’.
- Langkah 5: Setelah selesai, butiran anda akan diproses dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja. Jika berjaya, anda akan menerima satu notifikasi yang menyatakan permohonan telah diluluskan.
2. GrabPay
- Langkah 1: Pastikan anda memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera dan kemas kini aplikasi
Grab dengan versi terkini. - Langkah 2: Buka aplikasi – klik pada kotak program ePenjana di halaman utama aplikasi
Langkah 3: Kemudian, klik butang ‘Next’. - Langkah 4: Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan.
- Langkah 5: Butiran anda akan diperiksa dan diproses dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja.
3. Boost
- Langkah 1: Pastikan anda memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera.
- Langkah 2: Buka aplikasi – klik pada kotak insiatif ePenjana di halaman utama aplikasi.
- Langkah 3: Klik pada kotak ‘RM50 ePENJANA’ – anda perlu sahkan butiran akaun terlebih dahulu
(termasuk nama penuh & kad pengenalan). - Langkah 4: Setelah selesai, maklumat yang diberikan akan diproses dalam tempoh lima (5) hari
masa bekerja.
Jadi, anda tunggu apa lagi, cepat tebus kredit RM50 ke dalam akaun eWallet anda sekarang sebelum terlambat!