Kelayakan Program Baucar Kita Selangor Diperluas, Isi Rumah RM5,000 Kini Boleh Mohon Bantuan
Alhamdulillah!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Negeri Selangor
mengumumkan perluasan syarat kelayakan Program Bauçar Kita Selangor (BKS) yang membolehkan lebih ramai keluarga mendapat manfaat
Menerusi laporan Bernama, inisiatif ini akan membenarkan isi rumah berkahwin yang berpendapatan RM5,000 ke bawah memohon bantuan sekali gus dijangka memberi manfaat kepada lebih banyak keluarga berpendapatan rendah di negeri berkenaan.
Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata sebelum ini permohonan BKS hanya dibuka kepada golongan ibu atau bapa tunggal, namun syarat baharu itu kini merangkumi pasangan suami isteri yang memenuhi kriteria ditetapkan.
"Pemohon mestilah warganegara dan pengundi berdaftar yang menetap di Selangor, mempunyai pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah serta mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak berumur bawah 18 tahun.
"Bagi memastikan bantuan ini saksama dan bersasar, hanya seorang penerima dibenarkan bagi setiap isi rumah, selain pemohon tidak boleh menjadi penerima aktif Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor," katanya.
Anfaal berkata permohonan baharu dan pengesahan maklumat boleh dibuat menerusi portal rasmi BKS bermula 8 pagi esok, 8 Ogos 2026. Beliau berkata penerima yang layak akan menerima bantuan RM100 sebulan selama enam bulan bagi membantu meringankan kos sara hidup.

Exco Bembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari.
Image via BernamaLebih 3,000 pemohon kini adalah penerima aktif bantuan
Anfaal ketika mengulas mengenai sambutan terhadap program itu berkata kerajaan negeri menetapkan kuota keseluruhan sebanyak 50,000 penerima.
"Setakat pagi ini, sebanyak 18,889 permohonan diterima, dengan 3,747 telah diluluskan dan 3,044 daripadanya adalah penerima aktif. Kami juga mengesan kira-kira 54,000 permohonan masih berada dalam status draf dan belum dihantar, kemungkinan disebabkan dokumen sokongan yang tidak lengkap atau pemohon tidak memenuhi syarat sebelum ini," katanya.
Beliau berkata berdasarkan permohonan yang sedang diproses, masih terdapat ruang untuk kira-kira 32,000 lagi penerima sebelum kuota 50,000 dipenuhi.
Anfaal berkata selain meluaskan syarat kelayakan, kerajaan negeri turut mempermudah proses permohonan dengan tidak lagi mewajibkan akuan bersumpah sebagai bukti tiada pendapatan atau bermastautin di Selangor, sekali gus menggalakkan lebih banyak keluarga yang layak memohon bantuan berkenaan.
Mengenai penebusan baucar, beliau berkata setakat ini terdapat kira-kira 1,000 premis yang mengambil bahagian dalam program berkenaan dan jumlah itu akan terus ditambah dari semasa ke semasa melalui kerjasama Selangor Health Care Sdn Bhd serta Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via