Kementerian Pendidikan Mohon Maaf, Betulkan Semula Tarikh Jadual Ujian Mendengar SPM

Ia susulan ralat dalam ringkasan jadual yang dikeluarkan sebelum ini.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan tarikh baharu pelaksanaan Ujian Mendengar bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan KPM, Ujian Mendengar Bahasa Melayu akan berlangsung pada 23 November, diikuti Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pada 24 November.

Sebelum ini, KPM memaklumkan ujian mendengar Bahasa Melayu akan diadakan pada 30 November ini dan ujian mendengar Bahasa Inggeris pula dilakukan pada 1 Disember

Tarikh untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu kekal diadakan antara 26 hingga 29 Oktober manakala Ujian Bertutur Bahasa Inggeris antara 2 hingga 5 Disember.

KPM turut memaklumkan Ujian Amali Sains dijadualkan pada 16 hingga 18 November, manakala peperiksaan bertulis berlangsung dari 23 November hingga 17 Disember.

SAYS.com
Image via Image via KPM

Seramai 420,879 calon akan menduduki SPM tahun 2026

Kementerian Pendidikan mengatakan secara keseluruhan seramai 420,879 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2026 yang akan diadakan di 3,334 pusat peperiksaan seluruh negara, lapor Berita Harian.

Berbanding tahun lepas, SPM 2026 bermula sedikit awal berbanding SPM 2025. Calon SPM 2026 juga lebih ramai dari 413,372 orang yang berdaftar untuk SPM lepas.

Keputusan SPM 2025 telah menunjukkan pencapaian terbaik dalam tempoh lima tahun dengan Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.42 mata.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: