seismik

Kempen ‘Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu’ Bantu Beri Semangat Hadapi Apa Jua Situasi!

Ini yang kita mahu!

Cover image via 100PLUS

Artikel ini ditaja oleh 100PLUS.

Ramadan tiba pada waktu dunia sedang menghadapi krisis yang tak pernah dijangkakan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Birmingham Live

Ramai menjadi mangsa keadaan tanpa kita sedari. Namun, cabaran inilah yang menjadikan kita kuat dan tabah menempuh setiap ujian.

Dalam kita membataskan aktiviti seharian, terdapat insan yang terpaksa berkorban tenaga dan meninggalkan keluarga tercinta demi menjalankan tanggungjawab sebagai petugas di barisan hadapan. Mereka inilah hero sebenar yang menjadi benteng penularan wabak COVID-19 di negara kita.

Initiatif F&NHB bantu barisan hadapan dan rakyat Malaysia hadapi waktu sukar

Image via Google

Macam yang anda tahu, tak mudah menjadi petugas barisan hadapan negara. Ada yang berjuang menangani penyakit di hospital, berpanas di bawah terik mentari dan ada juga yang perlu menjaga dan mengawal ketenteraman masyarakat.

Memahami tugas berat yang harus dipikul oleh frontliners, Fraser & Neave Holdings Berhad (F&NHB) telah menjalankan tanggungjawab sosial mereka dengan menyumbangkan 500,000 barangan produk termasuk minuman 100PLUS dan kotak makanan khas kepada barisan hadapan di hospital dan balai polis untuk mereka berbuka puasa bagi memastikan mereka kekal hidrat dan bertenaga.

Image via Google

F&NHB telah bekerjasama dengan penyedia makanan tempatan yang terjejas sepanjang musim wabak, bagi menyediakan makanan kepada frontliners. Ini bagi memastikan penyedia makanan tempatan mendapat sokongan mengekalkan perniagaan mereka di saat getir.

Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu

Seperti tahun terdahulu, 100PLUS tak pernah ketinggalan meraikan kedatangan bulan Ramadan. Namun tahun ini, banyak aktiviti yang menjadi penyeri bulan puasa seperti sembahyang terawih di masjid, bazar Ramadan dan jamuan berbuka tak dapat dianjurkan bagi mengekang penularan wabak ini.

F&NHB menerusi jenama ikoniknya 100PLUS, menyumbangkan satu juta barangan produk dan barangan keperluan kepada barisan hadapan negara, keluarga dan individu yang kurang bernasib baik melalui kempen Tabahkan Hatimu, Sinarkan Ramadanmu sepanjang bulan mulia ini.

Image via 100PLUS

Menurut Pengerusi F&NHB, Tengku Syed Badarudin Jamalullail, kempen ini mensasarkan untuk berkongsi rezeki, kegembiraan dan keberkatan Ramadan bersama komuniti yang kurang bernasib baik dan juga wira dan wirawati negara yang berpenat lelah setiap masa dalam memastikan keselamatan negara ketika krisis ini.

Tambahnya, Ramadan adalah bulan yang mulia dan melalui kempen ini juga mereka ingin menyebarkan mesej kebaikan kepada rakyat Malaysia, agar bersama-sama bangkit dengan penuh ketabahan, harapan dan kegembiraan dalam menangani krisis ini.

Golongan kurang bernasib baik turut tidak dilupakan

Image via 100PLUS

Dalam pada masa yang sama, pihak F&NHB juga tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik kerana sepanjang bulan suci ini, bantuan akan diberikan kepada 10,0000 keluarga yang terdiri daripada golongan B40 yang berpendapatan rendah, tiada tempat tinggal, rumah anak yatim dan rumah orang tua seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Image via 100PLUS

Bantuan yang diberikan ialah makanan kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum berserta produknya seperti minuman isotonik 100PLUS, Teh dan Susu Soya F&N SEASONS, Susu UHT F&N Magnolia dan Tin Susu F&N. Selain itu, sumbangan penting lain seperti topeng muka, cecair sanitasi tangan dan lampin dewasa turut diedarkan.

Solidariti 100PLUS bersama rakyat Malaysia!

Image via 100PLUS

100PLUS jelas menunjukkan solidariti mereka bersama rakyat Malaysia sepanjang tempoh yang sukar ini. Selain menghargai pengorbanan dan jasa barisan hadapan negara, tanpa melupakan golongan yang kurang bernasib baik menghadapi cabaran di bulan mulia ini.

Mungkin Ramadan dan Aidilfitri tahun ini tidak sama seperti tahun sebelumnya, namun itu tidak bermakna korang tidak boleh menyambutnya secara sederhana. Kalau anda nak tahu, F&NHB menawarkan pakej khas bagi rangkaian produknya di F&N Life, kedai dalam talian yang memberikan lebih faedah kepada rakyat Malaysia.

Kalau dulu sajian kegemaran dibeli di bazar Ramadan, kini ands boleh masak sendiri dan menikmatinya dengan lebih selesa di rumah.

Jom bersama-sama kekal hidrat dengan 100PLUS. Barulah lebih segar dan bertenaga untuk melakukan tugas dan ibadah sunat sepanjang Ramadan ini. Untuk lebih info, follow Facebook rasmi 100PLUS

Kekal aktif, kekal sihat, dan kekal hidrat di rumah.

Tabahkan hati anda dan semoga Ramadan ini dapat memberi sinar baru kepada seluruh rakyat Malaysia!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: