seismik

"Kena Scam" - Video Ibu Kongsi Cara Anak Jadi Suka Minum Ubat Ini Raih 1 Juta Tontonan

Bijak sungguh ideanya.

Cover image via @qasmahqasehcloset (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Anak-anak memang payah jika disuruh makan ubat ketika sedang sakit seperti demam, batuk atau selesema

Disebabkan rasa ubat yang pahit dan tidak sedap, anak kecil sering kali menangis bila dipaksa makan ubat oleh ibu bapa mereka. 

Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok apabila seorang ibu berkongsi cara bijak supaya anak suka minum ubat telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Sedut banyak kali ingat air manis, rupa-rupanya kena tipu

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu membawa air kotak berperisa laici untuk diberikan kepada anaknya. 

Sedang asyik anaknya menyedut dan minum air itu, rupa-rupanya air kotak itu tidak diisi dengan air Laici. Air kotak itu diisi dengan ubat yang berada dalam bekas kecil dan dimuatkan ke dalam kotak itu. 

"Alamak tertipu, tapi anak saya kenal rasa ubat" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1M tontonan, 70K tanda suka dan 577 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. Malah, ramai yang memuji tindakan ibu itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mak-mak lepas ni boleh dah try trick ni. Mana tahu menjadi! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: