seismik

"Ingat Orang Korea" - Lelaki Rakam Muka Kawan Selepas Disengat Tebuan Undang Tawa Netizen

Terus jadi lain ya.

Cover image via @ibnunaim (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan, muka akan jadi bengkak dan lebam jika disengat tebuan

Bukan setakat itu, kadangkala sakit sehingga kena berehat dua hingga tiga hari. Ada juga yang terkena infeksi sehingga seluruh badan. Oleh sebab itu, adalah disarankan untuk berjumpa doktor jika terkena sengatan tebuan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki disengat tebuan dan menyebabkan mukanya lebam telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 


Walaupun muka dah bengkak, dia masih sanggup datang kerja

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki dan rakannya sedang bertungkus-lumus bekerja di site.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila muka lelaki itu sangat lain dan rakannya hampir tidak mengenalinya. Rupa-rupanya, lelaki itu telah disengat tebuan sehinggakan mukanya bengkak dan lebam. 

"Bang cuba cakap Cina dengan dia bang, mungkin dia dah ada mix tu" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 200K tontonan, 11K tanda suka dan 500 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan lelaki itu. Malah, ramai juga yang bersimpati dan sempat bergurau. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak pasal-pasal jadi orang Korea ya, semoga cepat sembuh! :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: