seismik

Apa Saya Perlu Buat Jika Tersenarai Kontak Rapat? Ini Perkara Yang Anda Perlu Ketahui

Omicron tak menyebabkan hilang rasa deria dan bau.

Cover image via SBS & The Straits Times

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Dengan peningkatan bilangan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan, rakyat Malaysia kini disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga

Jika mungkin sebelum ini kita sudah mengamalkan SOP yang ketat, namun kali ini kita perlu lebih teliti dengan keadaan semasa memandangkan virus Covid-19 juga bermutasi.

Ramai kini dilihat sekurang-kurangnya ada seorang dua kenalan mereka yang pasti sudah dijangkiti dengan virus berkenaan.

Gelombang Omicron ini memang akan menyumbang kepada bilangan kes Covid-19 yang boleh mencecah sehingga 15 ribu kes harian.

Oleh sebab itu, adalah penting untuk semua faham simptom Omicron dan langkah membuat persiapan diri jika positif Covid-19 atau menjadi kontak rapat.

Image via Juice

Kenali gejala-gajala jika dijangkiti Omicron:

  • Demam atau menggigil
  • Batuk
  • Sesak nafas atau kesukaran bernafas
  • Keletihan
  • Sakit otot atau badan
  • Sakit kepala
  • Sakit tekak
  • Hidung tersumbat atau berair
  • Loya atau muntah
  • Cirit-birit
Mengikut kajian Dr Masita Arip dari Institut Penyelidikan Perubatan, gejala yang biasa dialami oleh rakyat Malaysia yang positif Covid-19 Omicron ialah sakit kepala dan loya. Omicron tidak menyebabkan demam panas dan hilang deria bau dan rasa.

Saya positif Covid-19, apa yang saya perlu buat?

1. Pastikan anda menghantar ujian Covid-19 dalam MySejahtera.

2. Kuarantin kendiri di rumah atau di CAC (Mengikut tahap kategori dan arahan pegawai perubatan).
Laporkan kepada pihak pegawai perubatan jika anda mengalami simptom seperti:
  • Sesak nafas
  • Sakit dada
  • Ketidakupayaan untuk bangun
  • Kulit pucat dan lebih banyak lagi informasi di sini.

3. Ikut tempoh kuarantin yang ditetapkan.
  • Untuk yang telah menerima dos penggalak: 7 hari
  • Untuk yang lengkap vaksinasi: 7 hari
  • Tidak lengkap / tidak vaksinasi: 10 hari
4. Pantau diri sendiri dan sentiasa kemas kini MySejahtera.

Saya tersenarai sebagai kontak rapat, apa perlu saya lakukan?

1. Kuarantin kendiri mengikut tempoh yang ditetapkan. 
  • Untuk yang telah menerima dos penggalak: 5 hari
  • Untuk yang lengkap vaksinasi: 7 hari
  • Belum lengkap / tiada vaksinasi: 10 hari
2. Pantau diri sendiri. 
  • Untuk yang bergejala: Lakukan RTK-Ag kendiri, jika positif pengurusan kes sama seperti kes positif Covid. 
  • Untuk yang tiada gejala: Tiada ujian pengesanan perlu dilakukan. 

Walaupun tiada gejala, ia adalah lebih baik jika anda juga mengamalkan ujian kendiri di rumah semasa tempoh kuarantin. Lakukan ujian kendiri pada hari ke-5 selepas anda bertemu dengan orang yang positif Covid-19.

Walaupun keputusan anda tetap negatif sepanjang tempoh kurantin, tempoh kuarantin tidak akan berubah. 

Jaga diri semua dan stay alert. Pastikan menjaga SOP yang ketat semua!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: