seismik

"Titanic Berulang" - Viral Video Penumpang Feri Panik Selepas Tingkap Pecah Akibat Ombak

Seram.

Cover image via @EberleSebastian (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, tular sebuah video kemalangan yang terjadi di negara Jerman

Video tersebut dirakam oleh jurnalis kemudian dimuat naik di media sosial. Video itu sempat viral di Twitter dan TikTok sehingga menimbulkan kerisauan ramai. 

Kelihatan sebuah feri yang membawa penumpang telah dimasuki air gara-gara ombak yang kuat di tengah lautan.

Lihat video penuh itu di bawah: 

@getlostwebsite

Terrifying footage from #hamburg as a storm sent waves crashing through the windows of a ferry! Thankfully everyone on board was uninjured… Source/Sebastian Eberle #fyp #storm #waves #germany #ferry #weather #extremeweather

original sound - Get Lost

Cermin tiba-tiba pecah dan penumpang lari setelah air masuk ke dalam feri

Menerusi video berkenaan, kelihatan terdapat beberapa penumpang yang berada dalam feri sedang menuju ke sesuatu tempat di negara Jerman. 

Apa yang menimbulkan kerisauan ramai adalah apabila ombak yang kuat itu memecahkan cermin feri di bahagian hadapan. Perkara itu menyebabkan air masuk ke dalam feri. Penumpang menjadi panik dan berlari ke arah yang lebih selamat. 

"Mula-mula ingat tak ada apa, sekali jadi macam wayang 3D" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.7M tontonan, 111K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Semoga semuanya selamat dan tiada orang yang cedera.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: