Kenali Sindrom Ovari Polisistik (PCOS), Penyakit Hormon Wanita Yang Tak Boleh Sembuh
Penyakit ini dikatakan boleh diwarisi daripada ahli keluarga yang lain.
Mungkin segelintir masyarakat masih belum mengetahui apa itu Sindrom Ovari Polisistik (PCOS). Ianya merupakan salah satu penyakit yang boleh menyerang golongan wanita.
Penyakit ini adalah normal bagi wanita yang mengalami polisistik ovari yang bermaksud ovari mereka menghasilkan lebih banyak folikel daripada biasa pada setiap bulan.
Namun, bagi sesetengah wanita, polisistik ovari ini boleh melarat dan menjadi sindrom polisistik ovari (PCOS) yang bermakna selain daripada polisistik ovari, mereka juga akan mengalami simptom-simpton yang lain.
Ingin mengetahui bagaimana penyakit PCOS ini boleh menyerang? Baca perkongsian daripada Doktor Eizat yang merupakan salah seorang kurator #MedTweetMY di laman Twitter tentang penyakit ini.
Penyakit PCOS ini dikatakan mampu menyerang wanita dengan menganggu kesuburan, hormon dan mengubah penampilan mereka
Kenali penyakit PCOS ini dengan mengetahui simptom-simptom seperti di bawah:
Sebelum itu, kenali dahulu apakah itu penyakit Ovari Polisistik (PCOS) ini:
Gejala-gejala penyakit PCOS ini adalah berbeza dengan setiap wanita. Ada yang mengalami gejala yang minimum, ada juga yang mengalami gejala yang melampau.
Punca PCOS juga boleh dikaitkan dengan penyakit yang diwarisi oleh ahli keluarga yang lain. Namun, gejala yang timbul akibat PCOS ini juga berpunca daripada ketidakseimbangan hormon dalam badan.
Untuk mengatasi masalah tahap peningkatan gula dalam badan, badan anda secara automatik akan menghasilkan lebih banyak insulin.
Insulin yang banyak ini boleh menjadi punca kepada masalah kegemukkan, haid yang tidak teratur, masalah kesuburan dan juga paras hormon lelaki (testosteron) yang tinggi.
Penyakit PCOS ini boleh dikenalpasti apabila wanita mengalami dua simptom utama seperti di bawah:
Penting juga untuk golongan wanita tahu tentang kesan penyakit PCOS ini dalam jangka masa panjang. Ada beberapa penyakit yang mungkin akan menyerang, iaitu:
1) Kerintangan Insulin atau Diabetes:
2) Tekanan darah tinggi dan kanser:
Cara-cara di atas bergantung kepada hasrat pesakit, sama ada mahu mengandung lagi atau tidak. Untuk pengetahuan anda, PCOS tidak meningkatkan risiko wanita untuk mendapat kanser payu dara atau kanser ovari.
3) Kemurungan dan perubahan mood:
Namun, anda masih boleh mengurangkan risiko jangka panjang jika mengamalkan gaya hidup yang sihat
PCOS adalah satu penyakit yang tidak boleh disembuhkan. Doktor hanya akan memberikan rawatan perubatan yang boleh mengurangkan simptom penyakit ini.