seismik

Teruk Dikecam Netizen, Nora Beritahu Kenyataannya Mengenai Cukai Telah Diputar Belit

Dan harap maklum saya pembayar cukai!

Cover image via Instagram @noradanish

Semalam, kecoh di laman sosial terutamanya Facebook apabila berita mengenai pelakon cantik Nora Danish meminta LHDN memberi pelepasan bayaran cukai kepada golongan artis dan selebriti

Kenyataan beliau itu telah dipetik melalui akhbar Utusan Online tetapi menurutnya telah diputar belit oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Utusan Online, kenyataan Nora yang ditulis oleh Utusan Malaysia dan disiarkan di ruangan HITS semalam berbeza sama sekali dengan tajuk laporan yang dikeluarkan oleh sebuah portal media, yang memberitahu Nora meminta supaya artis dilepas cukai untuk tampil menarik.

Sebaliknya, Nora meminta pengecualian diberikan kepada artis dalam bab berkaitan imej dan penampilan diri.

Image via Utusan Online

Utusan Online memberitahu, laporan yang dipetik secara salah itu seterusnya disebarkan oleh sebuah portal hiburan dan diviralkan oleh beberapa portal lain sehingga menyebabkan kekeliruan ramai orang.

Setelah isu itu menjadi hangat, Nora Danish menerima banyak komen negatif daripada netizen. Bermacam-macam jenis pendapat dikeluarkan. Semuanya bernada marah!

Terkesan dengan kutukan netizen, Nora Danish tampil memberi keterangan di laman Instagram. Beliau menyarankan supaya orang ramai check dulu tahap pemahaman mereka tentang isu ini.

A photo posted by Nora Danish (@noradanish) on


Terima kasih kak Rozy.

Masih ramai tidak faham dengan maksud pelepasan dan juga pengecualian. Borang artis juga berbeza dari borang cukai yg lain.

Mmg ada category penampilan. Saya maksudkan bahagian itu di naikkan peratusannya.

Saya berhak bersuara bagi pihak celebrity yg lain, dan anda juga berhak bersuara sebagai rakyat Malaysia. Kenapa harus saya dipersalahkan tentang issue tax ? Kenapa saya dikatakan bodoh ? Walhal check dulu tahap pemahaman anda Tentang issue ini.

Dan harap maklum saya pembayar cukai!

Semua org harus bayar cukai dan tiada PENGECUALIAN jika tahap pendapatan melebihi 3k sebulan.

Kalau tak faham lagi tak tawu la nak ckp apa.

instagram.com

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in:

Leave a comment