Kerajaan Cadang Penguatkuasaan Kompaun Jalan Raya Dari RM300 Ke RM500 Mulai Januari 2029

Pandu cermat, jiwa selamat.

Enlarge text

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penguatkuasaan kadar maksimum kompaun baharu kesalahan jalan raya dari RM300 kepada RM500 sedang dirancang kerajaan untuk dilaksanakan mulai 1 Januari 2029

Menerusi laporan Berita Harian, perkara itu adalah selaras pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), di mana tujuannya adalah untuk meningkatkan pematuhan, bukan membebankan rakyat atau menambah pendapatan kerajaan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

"Peningkatan daripada RM300 kepada RM500 tidak bermaksud semua pesalah akan dikenakan kompaun RM500 secara automatik. Bagi kesalahan yang boleh dikompaun, pindaan ini menaikkan had maksimum tawaran kompaun.

"Sementara kadar sebenar masih tertakluk kepada jenis kesalahan dan tahap keseriusan kesalahan, tempoh penyelesaian kompaun serta tatacara yang ditetapkan.

"Kesalahan sama, tetapi hukuman disemak semula supaya kekal relevan dan mempunyai kesan pencegahan lebih berkesan," katanya.

SAYS.com

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Image via Bernama

Melibatkan kesalahan terhadap peraturan dan undang-undang jalan raya sedia ada

Antara kesalahan terlibat untuk kadar baru termasuk tidak memperagakan nombor pendaftaran dengan betul, menggunakan kenderaan tanpa lesen kenderaan motor sah serta memandu tanpa lesen memandu sah.

"Selain itu, memandu melebihi had laju, gagal menjalani pemeriksaan berkala bagi kenderaan tertentu, gagal mematuhi arahan atau isyarat lalu lintas serta beberapa kesalahan lain yang berkaitan pematuhan asas jalan raya," kata Loke.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik