seismik

Sebab Banyak Sangat Kes, Akhirnya Kerajaan Cadang Penjara 20 Tahun Kepada Pemandu Mabuk!

Onz tak onz?

Cover image via Daily Express & Google

Isu melibatkan pemandu mabuk ini sudah lama disuarakan oleh rakyat. Malah, sering kali mereka menggesa agar tindakan ketat dikenakan buat mereka yang memandu di bawah pengaruh alkohol ini.

Tambahan pula, kes kematian melibatkan pemandu mabuk ini sering dilaporkan media namun rakyat melihat bahawa tiada tindakan tegas dikenakan terhadap pemandu mabuk nyata menaikkan kemarahan ramai.

Selain itu, banyak juga video dan foto yang dikongsi di media sosial melibatkan kes-kes pemandu mabuk ini membuatkan orang ramai risau akan keselamatan mereka ketika berada di atas jalan raya.

Melihatkan situasi ini, Kerajaan umumkan akan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenakan hukuman lebih berat bagi kesalahan memandu secara berbahaya dan di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian

Memetik laporan Berita Harian, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong, berkata pindaan undang-undang itu membabitkan denda lebih tinggi, termasuk hukuman penjara sehingga 20 tahun terhadap pemandu mabuk.

"Kementerian Pengangkutan akan meneliti pindaan akta berkenaan kerana penguatkuasaan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Secara prinsipnya, kerajaan bersetuju dengan penggubalan akta itu kerana pihak yang bertanggungjawab menyebabkan kematian perlu menerima hukuman yang setimpal," katanya. 

Tambahnya lagi, akta sedia ada tidak mencukupi dan pihak yang bertanggungjawab mengakibatkan kematian perlu menerima hukuman yang setimpal

"Pada masa ini pesalah jalan raya yang memandu secara berbahaya dan di bawah pengaruh alkohol dikenakan hukuman di bawah kesalahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 10 tahun serta denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000," katanya lagi. 

Sementara itu, walaupun warganet bersetuju dengan pindaan akta itu namun kebanyakan mereka mahukan hukuman yang lebih berat dikenakan terhadap pemandu mabuk ini

Moga-moga dengan pindaan akta ini akan mengurangkan kes memandu di bawah pengaruh alkohol ini.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Banyak sangat kes melibatkan pemandu mabuk:

You may be interested in: