[VIDEO] Dipercayai Mabuk, Perodua Myvi Selamba ‘Sodok’ Kereta Polis Yang Sedang Bertugas
Tak serik-serik.
Kes kemalangan membabitkan pemandu mabuk dilihat semakin kritikal dan menjadi-jadi di negara ini
Sikap segelintir pemandu mabuk yang sering membuat onar di atas jalan raya ini telah menyusahkan pengguna yang lain malah menimbulkan kemarahan orang ramai.
Mana tidaknya, akibat daripada sikap mementingkan diri sendiri mereka ini, sudah ramai yang menjadi mangsa perbuatan mereka sehingga ada yang kehilangan insan tersayang.
Terbaru, sebuah video menjadi tular dan memperlihatkan seorang individu dipercayai memandu dalam keadaan mabuk telah melanggar kereta peronda polis yang sedang bertugas
Menerusi video yang dikongsikan oleh laman Twitter @My_CrimeWatch itu, sebuah kereta perodua jenis Myvi dilihat telah melanggar kereta peronda polis yang pada ketika berada di bahu jalan.
Menurut perkongsian tersebut, ketika kejadian, kereta peronda polis itu sedang memberikan bantuan kepada sebuah lagi kereta peronda yang rosak di Lebuhraya Grand Sepadu.
Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 3:30 pagi 6 Februari lalu itu, pemandu kereta Myvi itu seolah-olah tidak menyedari bahawa terdapat kereta polis yang berhenti di bahu jalan meskipun kon telah diletakkan sebagai tanda amaran.
Video tersebut telah tular dan mendapat banyak reaksi negatif dalam kalangan netizen yang menontonnya
Kebanyakan netizen meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemandu terbabit yang dikatakan telah memandu secara mabuk sehingga melanggar mereka yang tidak bersalah.
Selain itu, netizen juga turut berharap agar pemandu tersebut dikenakan hukuman yang berat, setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.