Kerajaan Johor Tanggung Kos Rawatan Kanak-Kanak Diserang Lima Anjing Liar

Kerajaan negeri turut memastikan aspek kebajikan keluarga diberi perhatian sepanjang Nur Haira menjalani rawatan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo! & Newswav

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerajaan negeri Johor akan menanggung sepenuhnya kos rawatan dan pemulihan Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi, 2, yang cedera parah selepas diserang lima ekor anjing liar di Kampung Tambak, Peserai, Batu Pahat, Sabtu lalu

SAYS.com
Image via Newswav

Menurut laporan Kosmo!, jaminan itu diberikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri Johor, Mohd. Fared Mohd. Khaled yang berkata keluarga kanak-kanak berkenaan tidak perlu bimbang mengenai kos sepanjang tempoh rawatan.

"Encik Hamizi tidak perlu risau mengenai kos. Jika doktor mengesyorkan rawatan dan ibu bapa memberi keizinan, rawatan akan diteruskan dan kos rawatan ditanggung pentadbiran negeri.

"Saya juga akan menempatkan seorang pegawai untuk terus berhubung dengan pihak hospital bagi memudahkan pengurusan kos rawatan ini,"
katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi Nur Haira yang kini masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA)

SAYS.com
Image via Kosmo!

Menurut Mohd. Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semerah, Nur Haira masih ditidurkan dan memerlukan rawatan rapi, selain dijangka melalui proses pemulihan yang panjang.

Dalam pada itu, beliau turut meminta pihak hospital memberi perhatian terhadap keadaan emosi keluarga mangsa, khususnya abangnya yang berusia 12 tahun dan dipercayai menyaksikan kejadian tersebut.

Katanya, keluarga Nur Haira wajar diberikan khidmat kaunseling bagi membantu mereka menghadapi trauma susulan kejadian berkenaan.

Kerajaan negeri turut memastikan aspek kebajikan keluarga diberi perhatian sepanjang Nur Haira menjalani rawatan dan proses pemulihan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: