seismik

Kerana Status Badan Binasa, Wartawan Didakwa Kerana Sebar Berita Palsu & Cetus Panik Di FB

Bukan beshe-beshe tau individu ini. Kerana status, diri sendiri yang binasa.

Cover image via Harian Metro , Twitter @KonfemSahih , MalayMail

Wabak novel koronavirus atau dikenali sebagai virus Wuhan sememangnya mencetuskan kebimbangan terhadap masyarakat terutamanya apabila kes pertama wabak itu dilaporkan di Malaysia

Selain itu, terlalu banyak berita palsu yang tersebar di media sosial juga tidak membantu masyarakat untuk bertenang malah ia lebih memburukkan lagi keadaan. 

Dalam usaha menangani perkara tersebut, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu. 

Image via Google

Terbaru, antara yang didakwa kerana menyebarkan berita palsu berkaitan wabak itu adalah seorang wartawan, Wan Noor Hayati Wan Alias, 41 tahun

Memetik laporan Malay Mail, dia menulis tiga status di laman Facebook peribadinya iaitu 'Ibu Yati' yang boleh mencetuskan panik di kalangan rakyat.

Sementara itu, Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) memohon agar dakwaan terhadap Wan Noor Hayati digugurkan

Wan Noor Hayati.

Image via Google

Memetik laporan Malaysia Kini, wanita itu mempunyai hak kebebasan bersuara bagi menyatakan kebimbangannya terhadap penularan virus itu.

"Mengambil tindakan ke atas wartawan atau media dalam negara demokrasi seperti Malaysia kerana menyatakan pendapat akan dilihat langkah ke belakang di mata orang ramai, selain masyarakat antarabangsa.

"Sebagai wartawan Wan Noor Hayati berhak menyatakan kebimbangannya kepada orang ramai kerana kegelisahan sangat dirasakan dan kebanyakannya tidak dimaklumkan oleh kerajaan mengenai keadaan wabak koronavirus," kata setiausaha agungnya, Chin Sung Chew dalam satu kenyataan. 

Untuk pengetahuan, sepanjang bergelar wartawan, Wan Noor Hayati telah mendapat pelbagai jenis pengiktirafan antaranya Anugerah Kajai 2014 dan Tokoh Wartawan Rakyat 2016

Dalam pada itu, dia juga berjaya membongkar isu penjualan Mykad, sindiket warganegara ekspres, Haji ekspres, ajaran sesat Arqam, isu militan jemaah islamiah, LTTE dan juga ancaman siber. 

Image via Malaysia Kini

Memanglah wabak koronavirus ini membimbangkan namun sebagai rakyat, anda harus kekal tenang dan ikut arahan yang diberikan pihak berkuasa

Semoga anda semua berhati-hati ya bila nak kongsi berita tentang koronavirus, takut nanti tersebar berita palsu pula. 

Image via Google

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

You may be interested in: