Gadis Rebah Dan Maut Kononnya Sebab Virus Wuhan, Rakan Nafi Dan Ceritakan Kisah Sebenar
Sebelum sebarkan, boleh tak pastikan berita itu sahih atau tidak?
Terlalu banyak berita palsu berkaitan novel koronavirus atau virus Wuhan di media sosial. Perkara ini amat membimbangkan malah boleh menimbulkan panik di kalangan masyarakat.
Baru-baru ini, tular video seorang wanita yang tiba-tiba jatuh tidak sedarkan diri di sebuah kedai di Shah Alam. Selain itu, mangsa juga dikatakan merupakan korban pertama virus Wuhan di negara ini.
Susulan itu, ahli keluarga wanita itu tampil menjelaskan bahawa mangsa, Nur Izzah Izzati Norazlan, 20 tahun meninggal dunia kerana mati mengejut dan bukannya disebabkan wabak tersebut.
Sementara itu, sahabat mangsa yang turut berada di tempat kejadian tampil berkongsi kisah sebenar pada hari insiden itu berlaku
Dikenali sebagai Nazirul Mubin, dia berkongsi bebenang yang menjelaskan secara terperinci bermula dari saat mangsa rebah di kedai hinggalah dibawa ke hospital.
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat hampir 16 ribu ulang kicau dan 13.5 ribu tanda suka.
Melihat keadaannya yang kritikal, mereka mengambil keputusan untuk membawa mangsa ke hospital berdekatan tanpa menunggu ambulans tiba
Tambahnya lagi, dia kesal apabila video tersebut tular di media sosial dengan pelbagai spekulasi yang tidak tepat serta memohon agar orang ramai berhenti menyebarkannya
Mungkin Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk perkenalkan silibus baru di sekolah mengenai penyebaran berita palsu ini di media sosial supaya kes seperti ini dapat dielakkan pada masa akan datang