'The Simpsons' Menakutkan, Animasi Ini Sudah Ramal Tentang Koronavirus 27 Tahun Lalu?
Namun dalam The Simpsons, virus ini datang dari Osaka, Jepun.
Setelah seminggu menular, perbincangan tentang wabak Wuhan Koronavirus masih belum reda sehingga netizen menemui perkara terbaru yang agak menakutkan
Perkara tersebut bukanlah tentang angka kematian atau angka mangsa yang semakin meningkat di serata dunia.
Tetapi, netizen baru-baru ini terjumpa satu klip dari animasi The Simpsons yang menunjukkan wabak seakan-akan koronavirus tersebar ke Amerika Syarikat.
Apa yang menakutkan ialah klip tersebut dipetik dari siri The Simpsons yang dikeluarkan pada tahun 1993 iaitu 27 tahun lalu!
Bezanya, wabak yang tersebar ke Amerika Syarikat itu berasal dari Osaka, Jepun yang dipanggil 'Osaka Flu'.
Ia merebak menerusi bungkusan yang dipesan oleh Homer Simpsons dari Osaka. Sebaik sahaja tiba di AS, wabak itu terus tersebar selepas bungkusan kotak berkenaan dibuka.
Namun setelah menyaksikan klip tersebut, kami tidak pula menemui babak 'corona virus' di bawah ini seperti yang didakwa
Yang ada hanyalah berita mengenai 'Osaka Flu'.
Sebenarnya, ini bukanlah pertama kali animasi The Simpsons meramal masa depan
Ada banyak lagi babak atau adegan dalam animasi tersebut yang seolah-olah "menentukan" masa depan sebenar, sehingga ada pihak mendakwa The Simpsons sememangnya memegang tampuk pemerintahan dunia tanpa kita sedar.
Ini salah satu contoh:
Juga kalau anda nak tahu, kematian legenda bola keranjang dunia, Kobe Bryant dalam nahas helikopter dua minggu lalu turut telah diramalkan
Sebuah animasi berjudul 'The Legends of Chamberlain Heights' meramalkan perkara ini pada tahun 2015.
Episod tersebut menunjukkan watak Kobe Bryant memegang dua piala setelah kemalangan helikopter, sebelum watak lain berkata, "It's Kobe Bryant!"
Kobe meminta pertolongan, kemudian watak itu menjawab, “Pass me the trophies and we'll pull you out.”