Kereta Melambung & Hampir Hilang Kawalan, ‘Bonggol’ Depan Unisel Kini Ditutup Sementara
Boleh terbang kereta.
Jalan bonggol yang baru dibuat di hadapan Universiti Selangor (UNISEL) kini diarah tutup buat sementara
Jalan ke Persiaran Tun Arsyad Ayub berhadapan Universiti Selangor (Unisel) Kampus Shah Alam telah ditutup sementara sebagai langkah keselamatan selepas tular video beberapa kereta melambung ketika melanggar bonggol di kawasan itu.
Seorang pengguna Twitter, Adie Hussin memuat naik video memaparkan situasi beberapa pengguna jalan raya nyaris kemalangan akibat kemunculan ‘bonggol maut’ di Seksyen 7, Shah Alam itu.
Lihat ciapan itu di bawah:
MBSA tutup jalan buat sementara waktu
Menerusi laman Facebook Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), kelihatan pihak bandaraya telah memuat naik status baharu berhubungan dengan isu bonggol di hadapan Unisel.
Difahamkan, pihak MBSA memaklumkan jalan tersebut ditutup buat sementara bagi kerja-kerja penambaikan di kawasan berkenaan.
Papan tanda pemandu memperlahankan kenderaan dan cat garisan kuning telah dipasang sebagai langkah keselamatan dan peringatan kepada pengguna.
Lihat ciapan itu di bawah:
"Kesian kalau kereta rendah. Hancur" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terkejut mereka selepas saja melihat video-video tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, ciapan berkenaan telah meraih 22.8K retweets, 2,326 quotes tweets dan 16.8K likes di Twitter.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!