seismik

Kereta Remuk Kena Langgar Lari, Ramai Pula Prihatin Tawar Beri 'Spare Part' Secara Percuma

Alhamdullilah, rezeki tak pernah salah alamat.

Cover image via Madiey Ramli (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang lelaki hadapi nasib yang kurang baik apabila kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk dilanggar lari ketika sedang mengisi minyak

Perkara itu dapat dilihat melalui perkongsiannya di Facebook menunjukkan gambar keretanya yang sudah remuk sambil pam minyak masih lagi terletak pada tempat mengisi minyak keretanya itu.

Menerusi perkongsian itu, dia dilihat bertanyakan kepada orang ramai yang ada di dalam group Facebook Dunia Kancil Turbo Malaysia jika ada antara mereka menjual kereta terpakai murah untuk dia menukar bahagian keretanya yang telah rosak.

Tambahnya lagi, kereta itu merupakan satu-satunya kenderaannya untuk ke tempat kerja dan buat masa ini dia terpaksa menumpang orang lain untuk ke tempat kerja.

Ramai yang hadir tawarkan bantuan, siap ada yang mahu berikan spare part secara percuma kepadanya

Melihat situasi yang dialami lelaki itu, ramai yang telah menawarkan bantuan untuk membaiki kereta berkenaan di mana mereka sudi memberikan bahagian kereta yang baru untuknya secara percuma.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, ramai dilihat tidak teragak-agak memberitahu mahu membantu lelaki itu dan ada juga yang mahu memberikan sebuah kereta terus secara percuma.

Lihat video keadaan kereta tersebut di bawah:

Alhamdulillah, ramai betul yang sudi bantu abang ini :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: