seismik

[VIDEO] Guru Terharu Dapat Hadiah 'Gelang Emas' Daripada Ibu Bapa Murid-Murid Kelasnya

Selalu dapat mug je.

Cover image via @nikmaria76 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemberian hadiah kepada guru bukan sahaja semata-mata sempena hari guru tetapi ia juga dilakukan bagi menunjukkan penghargaan kepada mereka yang telah berjasa

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang guru telah menerima gelang emas sebagai hadiah penghargaan daripada anak-anak muridnya.

Menerusi kapsyen yang ditulis pada perkongsian itu, hadiah tersebut merupakan hasil daripada kutipan duit dari awal tahun yang diberi ibu bapa untuk tujuan jamuan akhir tahun.

Baki yang ada pada kutipan itu telah digunakan untuk membeli hadiah buat guru terbabit disebabkan jasanya dan sebagai tanda perpisahan anak-anak muridnya yang bakal meninggalkan tahun enam.

"Terkedu nampak muka cikgu. Tahniah cikgu, mendapat tempat di hati pelajar-pelajar" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 859.7K views, 27.4K likes dan 493 comments.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Lihat video tersebut di bawah:

@nikmaria76 Cikgu Shikin speechless dgn hadiah anak2 murid 6 Orbit ttdione. Jasa cikgu tiada bandingan pd murid2 tahun 6. Hadiah ini bukan hariah dari orang perseorangan. Ini adalah hasil dati kutipan duit kelas dari awal tahun lagi dari semua parents. Sebahagian duit yg tinggal diginakan utk buat parti akhir tahun kelas dan baki untuk belikan hadiah kepada cikgu class atas jasa cikgu menjaga anak2 murid class 6 orbit dgn baik. Alhamdullilah n terima kasih atas jasa baik cikgu selama murid2 berada dibawah jagaan cikgu. Dan salam perpisahan dari murod Tahun 6 Orbit #classof2023ttdione #fyp Memori Tercipta - pië

Mesti cikgu ini rapat dan kesayangan anak-anak muridnya :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: