5 Tahun Kumpul Sampah Di Halaman Rumah. Kes Hoarder Paling Kritikal Setakat Ini!
Jadi masalah kalau sampai ganggu jiran sebelah.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah rumah di Segambut, Kuala Lumpur didapati menyimpan barangan buangan dan terpakai sehingga memenuhi halaman rumahnya
Pengarah Solid Waste & Public Cleansing Management Corporation (SWCorp) Wilayah Persekutuan, Ummi Kalthum Shuib melawat sendiri rumah tersebut untuk lakukan tindakan selanjutnya.
Menerusi video yang dikongsinya di TikTok, penghuni rumah dilihat tidak keluar daripada rumah tersebut setelah berulang kali dipanggil untuk keluar.
Menerusi maklumat daripada jiran, tabiat mengumpul barang buangan dan terpakai melampau ini sudah dilakukan hampir empat ke lima tahun.
Penghuni rumah tersebut juga dikatakan tinggal berseorangan di rumah berkenaan.
"Siang dia keluar merayau cari barang-barang lah tu, jenis ini payah oo, kita clear sampah-sampah dia, dia kutip balik simpan dekat rumah dia" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 6.2M views, 205.5K likes dan 3.4K shares.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi yang diberikan netizen terhadap video tersebut.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!