seismik

Syafiqah Aina Umum Bonus 3 Bulan Gaji & Tiket Umrah Untuk Semua Staf. Wow!

Dapat pergi Umrah sekali tu!

Cover image via Syafiqah Aina (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syafiqah Aina keluarkan RM350,000 beri bonus tiga bulan gaji dan tiket untuk ke Umrah kepada staf

Menerusi video perkongsian Aina di platform media sosialnya, dia berkongsi kejutan yang diberikan untuk staf syarikatnya.

"Aina datang pagi-pagi letak card & rose atas meja masing masing. Diorang tak tahu pun apa yang ada hari ini.

"Biasanya bonus Aina bagi pada bulan Disember. Kali ini Aina buat kelainan sikit, bagi bonus after mereka habiskan cuti semua sebab Aina nak bonus ini mereka dapat buat saving.

"Bonus tiga bulan gaji lagi untuk mereka, syukur sangat bila dari awal berniaga dulu, sampai sekarang Allah izinkan perkara ni" tulisnya pada kapsyen.

Aina sampaikan mesej daripada suaminya, Hafiz Mahamad yang tidak dapat hadir bertemu staf

Dalam video tersebut, Aina memberitahu selalunya pengumuman akan dilakukan oleh Hafiz tetapi tidak dapat hadir atas sebab yang tidak diketahui.

Antara mesej yang diberikan itu adalah rasa gembira Hafiz dapat berkongsi berita gembira buat staf mereka.

Hafiz juga memberi nasihat kepada mereka untuk menjaga hubungan antara staf supaya dapat mengekalkan keharmonian dalam syarikat.

Lihat video tersebut di bawah:

Nampak Aina dan Hafiz betul-betul hargai staf mereka :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: