seismik

Bruno Mars Bakal Adakan Konsert Di Bangkok & Singapura - "Malaysia Masih Tiada Dalam List"

Macam tak biasa pula.

Cover image via

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Persembahan secara langsung atau live daripada artis luar negara sememangnya ditunggu-tunggu para peminat, namun kebanyakan mereka (artis) lebih memilih untuk tidak mengadakannya di Malaysia

Penyanyi yang telah memenangi pelbagai anugerah dan menggungguli carta muzik Amerika Syarikat, Bruno Mars akan membuat persembahan di Stadium Nasional Rajamangala Bangkok pada 30 Mac dan Stadium Nasional Singapura pada 5 April.

Setakat ini, tiada negara lain di Asia Tenggara selain Thailand dan Singapura diumumkan akan menjadi destinasi penyanyi terkenal terbabit.

Image via NME

Tiket akan mula dijual bermula penghujung Januari ini

Pra-jualan tiket untuk konsert di Singapura akan dijual pada 19 Januari, dengan jualan am pula pada 20 Januari.

Pra-jualan tiket untuk di Bangkok pula akan dijual pada 25 Januari, dengan jualan am menyusul pada 26 Januari.

Harga akan diumumkan kelak.

Jika anda berminat untuk mengikut perkembangan konsert ini klik sahaja di sini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: