Owner Premis Halau Secara Halus, Sekali Peniaga Ini Kembalikan Kedai Dalam Keadaan Asal
Kejam dunia bisnes ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tular baru-baru ini, seorang peniaga buat keputusan bersihkan kafenya dan ubah kembali kepada keadaan asal selepas diminta oleh tuan kedai baru
Difahamkan, pemilik kafe itu menghadapi nasib yang kurang baik apabila kontrak penyewaannya dilanggar oleh pemilik baru kedai apabila dia diminta untuk keluar daripada kedai berkenaan lebih awal.
Menerusi perkongsian kukubesi manipulasi di Facebook, lelaki itu berkongsi kisah bagaimana seorang kawannya menghadapi dugaan ketika berniaga.
Pada awalnya, pemilik baru berkenaan hanya menaikkan harga sewa dan dengan berat hati peniaga itu menerima tawaran kenaikan harga sewa tersebut. Malangnya, pemilik baru itu sudah tidak setuju untuk sambung kontrak yang ditawarnya.
Pemilik baru terkejut bila melihat kafe tersebut bersih dan dikembalikan dalam keadaan asal selepas segala pengubahsuaian dipecahkan kembali
Peniaga kafe itu kemudiannya mengembalikan semula premis tersebut dalam keadaan asal dengan memecahkan kembali ubahsuaian yang dilakukan.
Pemilik baru itu dikatakan terkejut melihat keadaan kedai berkenaan ketika mengambil kunci daripada peniaga tersebut.
Premis tersebut dikatakan masih lagi tiada penyewa sehingga sekarang
Tambahnya, kawannya itu dikatakan sudah mempunyai kedai baru yang lokasinya lebih strategik.
Dia juga berkongsi itulah realiti dunia bisnes yang mempunyai banyak cabaran seperti orang lain boleh meniru cara kita berniaga begitu saja.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!