seismik

Lamb, Mutton & Kambing Ada Beza Ke? Ketahui Fakta Menarik Tentang 3 Jenis Daging Ini

Laparlah pula.

Cover image via flickr & pxfuel

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kenapa mutton curry dibuat daripada daging kambing sedangkan lamb dan mutton itu sendiri bermaksud daging biri-biri?

Image via giphy.com

Nampak mengelirukan bukan? Kita dah kena scam ke selama ini? Jangan risau, biar kami terangkan kepada anda.

Daging mutton dan lamb sememangnya asalnya datang daripada biri-biri

Lamb merujuk kepada daging biri-biri yang masih muda selalunya biri-biri yang berusia kurang daripada setahun. Rasa daging lamb ini adalah lebih lembut dan biasanya berwarna lebih cerah.

Bagi mutton pula, ianya datang daripada biri-biri yang lebih berusia biasanya biri-biri yang berumur lebih daripada setahun. Dagingnya lebih kaya dengan rasa, warna yang lebih gelap dan teksturnya boleh menjadi lebih kasar berbanding dengan daging lamb.

Walau bagaimanapun, di sesetengah kawasan di dunia seperti di India dan beberapa negara Asia yang lain, mutton juga dirujuk sebagai daging kambing

Oleh kerana itulah menu seperti mutton curry dibuat daripada daging kambing.

Di India dan beberapa negara tertentu, daging kambing lebih popular daripada daging biri-biri dan sebab itulah terma mutton sering digunakan untuk masakan menggunakan daging kambing.

Sementara itu di kawasan lain di seluruh dunia, daging kambing dipanggil sebagai chevon atau hanya dirujuk sebagai daging kambing.

Istilah 'chevon' berasal daripada perkataan Perancis 'chevre' yang bermaksud kambing.

Image via pxfuel

Dalam sesetengah konteks, istilah kambing mungkin digunakan secara lebih meluas untuk kedua-dua jenis daging kambing dan biri-biri ini.

Jadi, penjelasan tambahan dan terperinci mungkin diperlukan berdasarkan jenis-jenis daging ini.

Tak kisahlah, yang penting daging-daging ini masak apa pun semua sedap!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: