seismik

Suara TokTi & Aaron Aziz Kena Curi Jadi AI Jual Cadar & Boxer Di TikTok. Seram!

Suka hati dia je.

Cover image via @cikgu_anep (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Teknologi Artificial Intelligent (AI) disalah guna apabila ada individu menggunakannya untuk kepentingan sendiri

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran di platform X memaparkan pendedahan penyalahgunaan AI dalam menjana suara selebriti untuk kepentingan perniagaan.

Menerusi hantaran perkongsian @Cikgu_Anep itu, dia mendedahkan terdapat individu-individu yang tidak bertanggungjawab menggunakan sample suara selebriti seperti Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' Aaron Aziz untuk mempromosikan perniagaan mereka.

Suara janaan AI itu memperlihatkan seolah-olah selebriti-selebriti itu sendiri yang menjalankan perniagaan berkenaan dan ini boleh menimbulkan kekeliruan terhadap orang ramai.

Image via @cikgu_anep (X)

"Ni sebab aku benci AI voice bodoh tu. Kalau guna untuk lawak-lawak okay la, dapat yang guna untuk business, tuan badan satu apa pun tak dapat" - Netizen

Susulan tularnya hantaran tersebut di platform X, ia telah meraih sehingga 265.8K views, 1.8K likes dan 2.1K reposts.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap hantaran berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di platform X:

Image via @cikgu_anep (X)
Image via @cikgu_anep (X)
Image via @cikgu_anep (X)

Lihat perkongsian tersebut di bawah:

Bahaya betul, nanti kalau jadi ada masalah artis tu pula yang kena :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: