[VIDEO] Tular Gaduh Bola Di Rawang, Lima Individu 14 hingga 39 Tahun Ditahan Pihak Polis
Difahamkan, insiden itu terjadi disebabkan perselisihan faham antara pemain dua pasukan terbabit.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Lima ditahan susulan tularnya video pergaduhan dalam sebuah perlawanan bola sepak di Rawang pada Jumaat
Menerusi laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Shafa'aton Abu Bakar berkata kejadian yang berlaku sekitar 8.40 malam itu terjadi disebabkan perselisihan faham antara pemain dua pasukan terbabit.
Katanya, salah seorang pemain yang berusia 14 tahun cuba meleraikan pergaduhan tersebut bagaimanapun diserang oleh beberapa pemain lain.
"Akibat insiden itu, mangsa mengalami luka di hidung, lebam di badan dan leher.
"Susulan itu, polis telah menerima dua laporan polis daripada kedua-dua pihak bersabit insiden itu," katanya pada Sabtu.
Video berkenaan memaparkan pergaduhan yang tidak terkawal melihatkan ada individu memukul menggunakan helmet dan kerusi
Tambahnya, seramai lima individu yang berusia 14 hingga 39 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan.
Jelasnya, siasatan masih dijalankan untuk tindakan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
Rakaman pergaduhan yang tular di platform X itu memaparkan pergaduhan selain tindakan beberapa individu memukul menggunakan topi keledar dan kerusi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!