seismik

Pelajar 17 Tahun Heret Guru Ke Mahkamah Lepas Dakwa Kena Gangguan Seksual 4 Tahun Lalu

Disebabkan kes ini melibatkan pelajar bawah umur, pihak-pihak yang terlibat tidak dinamakan untuk menjaga sensitiviti.

Cover image via News.com.au & flickr

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pelajar mengheret seorang guru ke mahkamah atas dakwaan gangguan seksual terhadapnya empat tahun lalu ketika dia berusia 13 tahun.

Menerusi laporan Malaysiakini, pelajar itu mendakwa guru tersebut melakukan gangguan itu sebanyak dua kali pada tahun 2019. Plaintif, yang kini berusia 17 tahun, memfailkan saman pemula terhadap guru Bahasa Melayu yang juga jurulatih hokinya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada November 2022.

Berhubung kejadian pertama yang didakwa sekitar jam 9 pagi pada November 2019, remaja berkenaan mendakwa guru terbabit memanggilnya ke bilik sukan sekolah dengan alasan untuk berbincang prestasinya dalam hoki.

Dia mendakwa guru itu secara tiba-tiba meminta untuk mengambil gambarnya atas alasan dia adalah kapten hoki kemudian mengarahkannya untuk membuat beberapa posisi dan gaya semasa dia mengambil gambar.

Pelajar tersebut mendakwa dia terpaksa akur untuk mematuhi arahan guru itu termasuk arahan untuk dia membelakangi guru tersebut sambil membongkokkan badan ke hadapan dan tangannya bersandar pada sebuah kabinet.

Gambar sekadar hiasan.

Image via flickr

Dakwa dapat mesej menerusi Whatsapp oleh guru berkenan meminta menghantar gambar dirinya

Plaintif memberitahu mendakwa kejadian kedua berlaku pada musim cuti sekolah apabila guru itu menghantar mesej WhatsApp mengarahkannya menangkap beberapa gambar dirinya.

Pelajar itu mendakwa defendan mengarahkannya untuk mengambil gambarnya dalam pelbagai posisi termasuk merangkak serta berulang kali diarahkan untuk membuka dan menutup mata dan mulut semasa berbaring.

Dakwa pelajar itu dia kemudiannya merasakan kepatuhan, terikat dan terpaksa akur untuk mematuhi arahan lelaki itu untuk memadam semua mesej WhatsApp serta gambar yang dia rakam pada telefon bimbitnya.

Dia mendakwa sejurus selepas dua insiden tersebut yang dikatakan pada tahun 2019, dia mendapat tahu beberapa ahli pasukan hokinya juga telah menerima gangguan yang sama daripada guru itu.

Sekitar pada tahun 2020 bulan Januari, guru itu sekali lagi didakwa menghubunginya semasa dia sakit di rumah dan meminta dia merakam gambar dirinya dengan alasan untuk memastikan keadaannya tetapi ditolak menyebabkan guru itu memadam mesej berkenaan.

Pelajar tersebut turut memberitahu terdapat seorang pelajar perempuan yang lain turut telah membuat laporan berhubung dakwaan gangguan seksual oleh guru terbabit pada Februari tahun yang sama.

Gambar sekadar hiasan.

Image via ITGEARED

Pengetua, guru-guru penolong kanan, menteri antara yang turut disaman

Melalui saman mahkamah tersebut, dia menuntut ganti rugi am, khas, teruk dan teladan bukan sahaja daripada guru itu malah sepuluh defendan lain iaitu pengetua sekolah, empat guru penolong kanan sekolah, seorang guru disiplin, pengarah pendidikan Selangor, menteri pendidikan ketika kejadian dan Kementerian Pendidikan, serta kerajaan persekutuan.

Sementara itu dalam pernyataan pembelaan, guru tersebut menafikan sama sekali melakukan gangguan seksual terhadap pelajar berkenaan menunjukkan dia mempunyai saksi alibi untuk membuktikan dia tidak pernah memanggilnya ke bilik sukan sekolah dan menafikan pernah menghantar sebarang mesej WhatsApp kepada pelajar itu yang dianggap sebagai gangguan seksual.

Firma guaman Faizal Rahman & Co mewakili gadis itu dan keluarganya manakala firma guaman Khairul Anan & Partners pula mewakili guru itu. Defendan lain pula diwakili oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Berikutan kejadian itu, pelajar tersebut mendakwa mengalami trauma, kejutan saraf dan tekanan emosi yang teruk.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: