[VIDEO] Hanya Di Jepun, Penunggang Motosikal Beratur Berhenti Di Belakang Kereta Tak Cilok
Kalau tiba-tiba sakit perut takkan tak cilok juga?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Ramai yang memilih menggunakan motosikal untuk cepat sampai ke destinasi
Terutamanya bagi mereka yang bekerja di pusat bandar, kesesakan trafik sudah pasti perkara paling utama yang mahu dielakkan.
Tetapi, lain pula di negara Jepun apabila tular sebuah video memaparkan penunggang motosikal di sana tidak 'mencilok' seperti penunggang motosikal di Malaysia.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang pengguna motosikal di Jepun berhenti beratur di belakang kereta ketika berhenti di lampu isyarat.
"Dekat Malaysia kalau buat macam ni, dari traffic light Bukit Bintang sampai ke Melaka beratur" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di platform X, ia telah meraih sehingga 609.9K views, 806 likes dan 571 reposts.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di platform X:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!