seismik

Soh Wai Ching Cipta Rekod Baharu Di China, Tawan Menara Setinggi 331 Meter

Baru masuk tahun baru dah ada anak Malaysia pecah rekod!

Cover image via Soh Wai Ching Towerrunner (Facebook) & New Straits Times

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelari menara negara, Soh Wai Ching membuka tahun 2024 dengan penuh bergaya setelah berjaya menenangi Qingdao Vertical Marathon di China semalam

Menerusi hantaran yang dibuat olehnya di Facebook, dia mengumumkan kemenangannya itu pada hari pertama di tahun 2024 dalam Qingdao Vertical Marathon di Haitian Center, Qingdao, China.

Wai Ching telah memenangi larian mendaki 2,121 anak tangga bagi menawan menara setinggi 81 tingkat itu dengan rekod baharu iaitu 12 minit dan 17 saat sekaligus memecah rekod sebelum ini, 12 minit 45 saat yang dipegang peserta dari China, Shi Ai Ai.

Wai Ching berharap Malaysia terus mendominasi sukan Towerrunning

Menerusi kapsyen yang ditulisnya pada hantaran itu, Wai Ching dilihat sangat gembira dan sudah mensasarkan untuk memecahkan rekod yang dipegang sebelum ini.

"Gembira apabila muncul juara juara keseluruhan tetapi paling gembira kerana dapat pecahkan rekod lampau kerana saya memang menyasarkan untuk melakukan pecah rekod.

"Berita yang sangat bagus untuk Malaysia terus mendominasi sukan Towerrunning. Terima kasih semua atas sokongan!" tulisnya di Facebook.

Lihat video perkongsian tersebut di bawah:

Tahniah Wai Ching, semoga terus dapat harumkan nama Malaysia dalam sukan Towerrunning!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: