seismik

Kenapa Perlu Daftar Akaun PADU & Bagaimana Caranya? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Sistem tersebut akan dibuka sehingga 31 Mac 2024 kepada pengguna bagi membolehkan pengemaskinian maklumat individu.

Cover image via @fahmi_fadzil (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) kini dibuka mulai 2 Januari selepas hampir enam bulan sistem itu melalui beberapa pengujian

Tetapi apakah fungsi sistem ini? 

Okay hari ini kami akan terangkan segalanya untuk anda faham. Baca sampai habis ya!

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli

Image via BERNAMA

PADU adalah satu sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap berumur 18 tahun ke atas di Malaysia

Maklumat profil ini akan dikemas kini secara berkala melalui pengintegrasian data pentadbiran daripada pelbagai sumber.

Pengguna dapat memastikan mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.

Melalui ekosistem ini, rakyat boleh membuat semakan dan pengemaskinian maklumat secara terus dalam sistem PADU.

Disember lepas, Rafizi memberitahu PADU akan digunakan untuk melaksanakan subsidi bersasar untuk RON95 dan diesel yang dijangka akan dilancarkan pada suku kedua tahun ini.

Selain tu, Bantuan Tunai Rahmah (BTR) juga akan dilaksanakan melalui sistem PADU ini dan diharapkan semua program bantuan kewangan kerajaan akan datang harus menggunakan PADU untuk pelaksanaan. 

Dengan PADU, nampaknya 'enjin' seluruh kerajaan akan berjalan dengan lebih bersatu dan cekap, menjurus kepada kebaikan buat rakyat dan penduduk tetap yang berkhidmat di Malaysia.

Jadi perlu ke saya daftar PADU?

Dengan mendaftar dan mengemaskini maklumat dalam portal ini, anda dapat memastikan anda tidak tercicir daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial sekiranya layak.

Tempoh tiga (3) bulan pengemaskinian maklumat dalam Fasa 1 untuk membolehkan Kerajaan memproses data berkenaan bagi menentukan kelayakan individu berdasarkan jenis bantuan Kerajaan

Jadi siapa yang boleh daftar akaun PADU?

Semua yang berumur 18 tahun dan ke atas layak untuk mendaftar.

Rafizi menjelaskan bahawa nombor telefon yang berdaftar dengan PADU boleh mengaktifkan sehingga lima akaun, membolehkan ahli isi rumah mendaftar bagi pihak ahli keluarga mereka.

Jadi sekiranya anda ingin mendaftar buat ibu bapa anda yang sudah berumur juga tiada masalah.

Ok, sekarang bagaimana mahu daftar?

Ikut 4 langkah mudah di bawah tentang cara menggunakan sistem ini:

1. Daftar akaun

Klik pada butang daftar akaun dan paparan pendaftaran akaun akan dipaparkan. Pertama, isi maklumat asas seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan emel yang sah dan aktif.

Kedua, sahkan akaun anda dengan mengisi OTP yang diterima melalui SMS dalam tempoh 3 minit. Anda boleh memohon semula kod pengesahan jika tidak menerima OTP dalam tempoh yang ditetapkan atau tamat tempoh.

Ketiga, tetapkan kata laluan yang perlu mengandungi sekurang-kurangnya 8 aksara dengan kombinasi huruf kecil, huruf besar dan simbol istimewa.

Langkah keempat adalah pengesahan identiti e-KYC untuk membolehkan semakan dan pengemaskinian yang lebih terperinci.

2. Semak profil

Untuk menyemak profil anda, klik pada butang semak profil pada laman web PADU dan masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah ditetapkan.

Klik log masuk dan paparan semak profil akan dipaparkan dan pengguna boleh menyemak maklumat asas, alamat, pendidikan, isi rumah, pendapatan, komitmen, bantuan dan perakuan.

3. Kemas kini

Untuk melakukan kemas kini, klik pada butang kemas kini kemudian masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang telah didaftarkan seterusnya klik log masuk.

Pengguna boleh mengemaskini maklumat asas, alamat, pendidikan, isi rumah, pendapatan, komitmen, bantuan dan perakuan.

Selepas selesai mengemaskini, klik pada butang perakuan dan paparan pengesahan dan perakuan data akan dipaparkan.

Perakuan hanya boleh dibuat setelah kesemua maklumat yang diperlukan selesai diisi dengan lengkap kemudian klik butang hantar perakuan dan perakuan anda telah berjaya dihantar.

4. Maklum balas

Untuk membuat maklum balas atau aduan, klik pada butang maklum balas dan paparan borang aduan PADU akan dipaparkan.

Pertama, masukkan jenis, tajuk, butiran, kategori dan lampiran sekiranya ada kemudian masukkan maklumat peribadi anda seperti nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan emel kemudian tekan butang hantar.

Seterusnya, anda diperlukan untuk melakukan pengesahan akaun dengan mengisi OTP yang diterima dalam tempoh 3 minit. Sekiranya tidak menerima OTP dalam temph ditetapkan atau tamat tempoh, anda dibenarkan untuk memohon semula kod OTP.

Klik di sini bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: