Lelaki Kena 'Sound' Dengan Wanita Warga Asing Selepas Menegurnya Meniaga Atas Petak Parkir
Habis susah orang cari parking.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang lelaki ditegur peniaga 'samseng' yang cuba menghalau peniaga baru yang lain di Titiwangsa
Menerusi perkongsian @Ahakim165 di platform X, dia berkongsi bagaimana segelintir peniaga di kawasan itu bertindak seperti samseng mengganggu peniaga baru.
Lelaki itu menceritakan bagaimana dia ditegur dua kali oleh seorang peniaga wanita dari Indonesia dan kali keduanya wanita itu mula naik suara terhadapnya.
Dia juga berkongsi bagaimana dia dapat melihat di depan mata peniaga baru dihalau oleh 'orang lama' di kawasan itu atas alasan sudah berniaga berpuluh tahun di situ.
Berharap agar para peniaga di Titiwangsa dapat bertoleransi dengan peniaga lain
Tambahnya lagi, tujuan dia berkongsi tentang pengalamannya itu adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai dan peniaga lain supaya berniaga dengan cara yang baik.
Dia juga berpesan istilah orang lama dan baru tidak sepatutnya ada supaya peniaga-peniaga dapat bersama bertoleransi dan memeriahkan kawasan itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!