seismik

Lelaki Serang Anggota JPJ Selepas Diminta Berhenti Dihukum Penjara Sehari, Denda RM4,000

Senang ada kamera jelas bukti.

Cover image via @HezeriSamsuri (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diserang seorang lelaki selepas turun daripada lori yang dinaikinya

Menerusi video yang dikongsikan @HezeriSamsuri di platform X, rakaman itu menunjukkan sebuah lori dilihat enggan berhenti semasa ditahan oleh anggota JPJ untuk pemeriksaan lanjut.

Sebaik sahaja lori itu berhenti di hadapan sebuah rumah, anggota JPJ yang bertugas turun daripada kenderaannya untuk bertemu lelaki itu tetapi dia terus diserang lelaki berkenaan apabila dapat dilihat kamera yang dipegang anggota JPJ itu jatuh.

Lelaki tersebut dikenakan tindakan penjara satu hari dan denda RM4,000

Menerusi laporan Sinar Harian, Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah berkata individu berusia 24 itu dikenakan hukuman penjara satu hari dari tarikh sabitan dan denda sebanyak RM4,000.

"Ketika kejadian, anggota bertugas sedang melakukan tugas rondaan penguatkuasaan dan mengesan sebuah kenderaan yang mencurigakan.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga kesalahan yang dikesan iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada Perlindungan Insurans dan Perakuan PUSPAKOM Tamat Tempoh.

"Lelaki berkenaan yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai peniaga air tebu itu sudah ditahan polis dan sudah pun didakwa di Mahkamah Majistret Jitra di bawah Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

"Individu terbabit sudah menjalani hukuman selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara satu hari dari tarikh sabitan dan denda sebanyak RM4,000," kata Aman Shah.

Lihat video tersebut di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: