"Pusat Pelacuran Ni Perlu" - Kenyataan Kontroversi Rosyam Nor Terima Kritikan Ramai
Bahaya betullah kenyataan macam ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Datuk Rosyam Nor baru-baru ini dilihat mengeluarkan satu kenyataan kontroversi tentang keperluan rumah pelacuran di Malaysia
Menerusi sebuah klip pendek yang tular di TikTok itu, Rosyam Nor dilihat mengeluarkan kenyataan tentang keperluan rumah pelacuran untuk warga asing yang bekerja di Malaysia.
"Pusat pelacuran ini perlu. Sekarang ini pendatang yang datang dekat negara kita ni ada lebih kurang 3 juta, yang bekerja di negara ini, bini semua tinggal.
"Nama pun lelaki, kalau dia tak keluarkan, dia nak tonjol kat mana?
"Dia tengok anak bini kita, anak dara kita lalu, silap-silap dia rogol anak dara kita. Dia boleh jadi sampai ke tahap itu,” ujarnya.
Pendapat kontroversi itu dikongsinya dalam Podcast Hitam Putih Kehidupan yang disiarkan di saluran YouTube Suhan Channel.
"Uih bahaya POV Rosyam ni. The problem is those pendatang lelaki. Allowing clubs just adds more problems" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 516.1K views, 20.9K likes dan 1.7K shares.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!