Miliki Rumah KITA @ Cybersouth, Perbandaran Di Tanah Rizab Melayu Yang Cantik & Berbaloi!
Seronoknya kalau dapat duduk sini.
Bila nak beli rumah idaman, faktor yang selalu kita ambil kira mestilah persekitaran yang selamat, harga yang berpatutan, kemudahan disediakan dan kesesuaiannya untuk ahli keluarga
Bila dah lengkap kesemua perkara ni, barulah lega dan tak payah fikir panjang dah untuk beli. Betul tak?
Psst..buat korang yang tengah tercari-cari kediaman untuk korang duduki seisi keluarga, kami nak kongsikan satu projek perumahan yang perfect untuk korang iaitu KITA @ Cybersouth!
Nak tahu kenapa KITA @ Cybersouth ni adalah rumah idaman yang mesti korang miliki? Ini sebabnya..
Kalau korang nak tahu, KITA @ Cybersouth adalah satu perbandaran di tanah rizab Melayu berkeluasan 633 ekar yang direka khusus untuk keselesaan ahli keluarga dan komuniti. Mana taknya, dengan kawasan perumahan yang sepenuhnya berpagar dan lengkap dengan kawalan keselamatan menjadikan KITA @ Cybersouth ni kediaman yang selamat untuk diduduki seisi keluarga.
Kalau korang sukakan lokasi kediaman yang jauh dari keriuhan bandar tetapi mempunyai akses kepada fasiliti awam, KITA @ Cybersouth memang pilihan yang tepat!
Walaupun terletak di koridor selatan Lembah Klang di antara Putrajaya dan Cyberjaya, KITA @ Cybersouth ni adalah berdekatan dengan hab komersial seperti institusi pendidikan, pentadbiran kerajaan, pusat penjagaan kesihatan dan banyak lagi! Melalui 5 lebuh raya utama, ia juga mudah diakses ke bandar-bandar utama di Lembah Klang yang lebih besar.
Yang paling penting, setiap elemen ruang dan pemilihan kemudahan di KITA @ Cybersouth ni adalah diinspirasikan khusus untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan, secara tidak langsung menggalakkan semangat kekitaan antara penghuni. Sesuai sangatlah dengan nama KITA @ Cybersouth ni!
Ini antara jenis residensi di KITA @ Cybersouth..
1. KITA HARMONI
KITA HARMONI ni adalah rumah teres bertingkat yang mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik mandi. Wow.. memang luas dan selesa untuk korang yang ada keluarga besar tu!
2. KITA BAYU
KITA BAYU pula adalah rumah bandar (townhouse) yang berkeluasan 1,346 kaki persegi bagi rumah tingkat bawah dan 1,483 bagi rumah di tingkat atas. Ia juga mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.
3. KITA IMPIAN
Untuk pasangan yang baru berkahwin pula, pangsapuri perkhidmatan KITA IMPIAN ni memang sesuai untuk korang. Terdapat 2 jenis pangsapuri iaitu Jenis A (3 bilik tidur dan 2 bilik mandi) dan Jenis B (1 bilik tidur dan 1 bilik mandi).
Nak tengok rumah? Jom datang ke Rumah Terbuka Hari Raya KITA @ Cybersouth. Boleh merewang dengan Chef Zam!
Haa.. sempena Aidilfitri, KITA @ Cybersouth akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya pada 22 dan 23 Jun ni. Bolehlah korang tengok sekali macam mana rupa dan reka bentuk rumah idaman korang di showroom nanti! Nah details lengkap:
Tarikh: 22 & 23 Jun 2019
Masa: 10 pagi hingga 5 petang
Tempat: Waze – KITA @ LBS Cybersouth
Oh ya, pada 23 Jun jam 12 tengah hari hingga 2 petang, chef selebriti terkenal, Chef Zam pun akan ada untuk sesi Merewang Raya. Bolehlah korang masak sambil mintak resipi dari dia nanti!
Selain makanan dan minuman, ada macam-macam lagi aktiviti disediakan seperti seni melukis henna, pasar lambak dan juga bengkel membuat dream catcher dan terrarium. Tak sabarnya!
Bonus dan insentif tunai menanti korang dengan promosi LBS Bonus KawKaw!
Yang lagi best, korang boleh miliki kediaman idaman korang dengan harga diimpikan melalui rebat dan insentif istimewa pada promosi LBS Bonus KawKaw tau! Korang juga layak untuk dapat insentif tunai sebanyak RM1,888* untuk pembelian hartanah LBS yang terpilih.
Kalau korang adalah pembeli ulangan pula, korang layak nikmati bonus kesetiaan sebanyak 2% rebat tambahan. Wow, memang berbaloi! Promosi ini berlangsung sehingga 30 Jun 2019 sahaja.
Jangan lepaskan peluang keemasan ni guys! Untuk maklumat lanjut, layari www.lbs.com.my.
*Tertakluk kepada Terma & Syarat
Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.