Kenapa Tidak Bantu Mangsa 'Road Bully' Ini? Lihat 2 Realiti Pahit Masyarakat Malaysia
Memang pahit tetapi harus ditelan jua.
Semakin hari semakin banyak kita disajikan dengan kes road bully di laman sosial, dan kes ini adalah salah satu daripadanya. Tidak pasti apa punca sebenar, dua orang lelaki dilihat bertelagah tentang sesuatu perkara.
Terlibat dalam pertengkaran adalah seorang lelaki muda berbaju putih dan seorang uncle yang agak berusia memakai baju kemeja merah jambu kotak-kotak.
Video viral ini dimuat naik oleh Facebook Chandra Lawan Tetap Lawan dua hari lalu. Seperti yang kita boleh lihat, lelaki berbaju putih ini bertindak untuk menendang uncle tersebut di bahagian perut.
Bayangkan kalau diri anda ditendang, apa yang akan anda lakukan selepas itu? Keadaan pastinya akan bertambah buruk.
Selagi tidak ada pihak yang cedera, selagi itulah pergaduhan tidak selesai. Inilah yang diibaratkan seperti api bertemu dengan api, masing-masing tidak mahu mengalah.
Persoalannya, apa yang dapat kita lihat tentang masyarakat masa kini menerusi video di atas?
Pertama, kita dapat lihat masyarakat zaman sekarang lebih suka merakam dan menyaksikan sahaja pergaduhan yang terjadi di sekeliling mereka, tanpa ada inisiatif untuk meleraikannya
Kedua, walaupun sesuatu perkara boleh diselesaikan dengan cara baik, sesetengah pihak lebih gemar menggunakan kekerasan tanpa memikirkan kesan buruk yang akan berlaku selepas itu
Inilah realiti pahit yang harus kita telan, hidup dalam zaman teknologi masa kini. Apa pendapat anda?
Lebih kurang sebulan yang lalu, tercetus satu pergaduhan di sebuah kedai mamak diantara seorang lelaki dengan penduduk kampung. LIHAT SINI:
Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!