seismik

KJ, Nurul Izzah & Rafizi Dikatakan Bakal Bentuk Parti Baru, Netizen Beri Reaksi Bercampur

Anda rasa?

Cover image via Instagram @khairykj

Semalam, Khairy Jamaluddin menerusi Instagram berkongsi sekeping gambar yang menunjukkan beliau sedang lepak di sebuah restoran bersama Nurul Izzah dan Rafizi Ramli

Ketiga-tiga mereka dikatakan bertemu di Restoran Alexis di Bangsar Shopping Centre (BSC) kira-kira jam 12 tengahari untuk minum bersama.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah membuat kejutan besar dua hari lalu dengan meletakkan bukan satu, bukan dua tetapi tiga jawatan secara serentak iaitu:

1. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
2. Pengerusi PKR Pulau Pinang
3. Pengerusi Jawatankuasa Pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET)

Selepas kecoh berita Nurul Izzah meletak jawatan, Khairy tampil dengan ‘kata-kata semangat’ yang ditujukan khas kepada puteri reformasi itu

Khairy seolah-olah mahu ‘memujuk’ supaya tidak meninggalkan dunia politik.

Rafizi pula dilaporkan berkata Nurul Izzah tidak berundur daripada politik, sebaliknya akan terus memainkan peranan penting di Parlimen dan arena politik negara.

Desas-desus ada mengatakan bahawa tiga tokoh politik ini sedang merancang untuk menubuhkan parti baru

Semalam bukanlah kali pertama mereka bertiga mengadakan perjumpaan dalam masa terdekat. Malah pada 9 Disember lalu, Rafizi menerusi Twitter turut memuat naik gambar mereka bertiga selepas selesai makan tengahari bersama.

Gandingan tiga pemimpin muda ini dipercayai sedang menggerakkan satu wadah politik baru berteraskan orang muda.

Spekulasi lebih kuat apabila Nurul Izzah membuat keputusan mengejut meletakkan tiga jawatan serentak.

Apa kata orang ramai? Nampaknya netizen memberi respon yang bercampur, masing-masing dengan pendapat yang berbeza.

1. Apa yang kami nampak, ramai yang tidak menyokong gerakan baru ini

2. "Habis berpecahlah Melayu Islam"

3. Namun ada juga pihak yang menyokong

4. Ramai juga yang menganggap mereka sepatutnya fokus kepada perbaiki kelemahan, bukan tubuhkan parti baru

Jadi, apa pendapat anda?

Image via giphy.com

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi:

You may be interested in: