Youth Power On The Rise! Barisan Menteri & Timbalan Menteri Pakatan Harapan Bawah 40 Tahun

Mereka berusia di antara 26 hingga 39 tahun.

  • Cover image via SCMP

Istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet dan melafazkan taat setia, selain sumpah simpan rahsia telah diadakan di Istana Negara pada jam 11 pagi, 2 Julai yang lalu

Istiadat terebut yang dilakukan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta isterinya Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Upacara pelantikan baharu itu melibatkan 13 Menteri dan 23 Timbalan Menteri, sekali gus menjadikan keseluruhan barisan Kabinet Pakatan Harapan (PH) sebanyak 26 Menteri.

Istimewanya barisan Kabinet PH ialah ianya terdiri daripada barisan yang mantap di samping terdiri daripada pelbagai latar belakang yang mampu menyuntik harapan dan keyakinan baharu kepada rakyat dalam mentadbir negara

Memetik laporan daripada MalaysiaKini, Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam menyifatkan kabinet baharu itu sebagai 'Bersih, Cekap dan Kompak'.

Walaupun Menteri dan Timbalan Menteri dilantik adalah muka baharu yang tidak mempunyai pengalaman dalam mentadbir kerajaan, TS Ramon berkata mereka yang dilantik mempunyai kelebihan memandangkan mereka merupakan dalam kalangan profesional yang berkelulusan tinggi dari pelbagai latar belakang.

“Apa yang penting, mereka bebas daripada rasuah dan bermotivasi tinggi untuk berkhidmat,” katanya.

Barisan baharu Kabinet PH turut menyaksikan representasi besar kaum wanita dalam kerajaan dengan menampilkan lima menteri wanita termasuk Timbalan Perdana Menteri dan empat timbalan menteri wanita dilantik.

Pada masa yang sama, barisan Kabinet baharu ini turut melakar sejarahnya sendiri dengan melantik golongan belia sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam pentadbiran negara.

Berikut adalah senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet PH yang berumur 40 tahun kebawah:

1. Menteri Belia dan Sukan: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 26 Tahun

Image via The Coverage

YB Syed Saddiq bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kali pertama pada 2018 dan menjadi Ahli Parlimen Muar yang dipilih rakyat.

Pendidikan:
• Lulusan undang-undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Sorotan kerjaya:
• Pegawai penyelidik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
• Pensyarah sambilan dan pelatih perdebatan di UIAM.
• Bekas Felo Menteri Undang-undang di bawah Program Perdana Fellowship, yang berkhidmat di bawah Datuk Seri Nancy Shukri selama sembilan minggu.

Politik:
• 2016: Menjadi ahli pengasas PPBM.
• 2016 sehingga kini: Pemimpin Pemuda PPBM (ARMADA).

Lain-lain:
• Pendebat Terbaik (kategori English as Second Language, ESL) di kejohanan Australasia, Cambridge dan Oxford InterVarsities 2012-2014.
• Ketua Hakim untuk Cambridge InterVarsities di UK.
• Ketua Hakim bagi Kejohanan Debat Universiti Dunia di Belanda.

2. Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar: Yeo Bee Yin, 35 Tahun

YB Yeo Bee Yin memenangi kerusi Parlimen Bakri di PRU14. Beliau pernah berkhidmat sebagai ADUN Damansara Utama antara tahun 2013 dan 2018.

Pendidikan:
• Ijazah Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Petronas (UTP).
• Sarjana Kejuruteraan Kimia Lanjutan, Universiti Cambridge.

Sorotan kerjaya:
• 2006 hingga 2008: Jurutera di Schlumberger.

Politik:
• 2012: Menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).
• 2012 hingga 2013: Penasihat Strategi Media Sosial DAP.
• Terkini: Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Naib Pengerusi Belia Pakatan Harapan dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Wanita Selangor.

3. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Hannah Yeoh, 39 Tahun

Image via The Rocket

YB Hannah telah memenangi kerusi Parlimen Segambut pada PRU14. Beliau pernah berkhidmat sebagai ADUN Subang Jaya antara tahun 2008 hingga 2013. Seawal usia 34 tahun, beliau telah dilantik sebagai Speaker Dewan Negeri Selangor, menjadikan beliau sebagai wanita pertama dan termuda di Malaysia yang dilantik untuk memegang jawatan penting tersebut.

Pendidikan:
• Lulusan undang-undang daripada University of Tasmania, Australia.

Sorotan kerjaya:
• Bekas peguam dan pengurus acara.

Politik:
• 2006: Menyertai DAP.

Lain-lain:
• Pemimpin Global Muda oleh Forum Ekonomi Dunia, Kelas 2018.

4. Timbalan Menteri Belia dan Sukan: Steven Sim, 32 Tahun

Image via Malay Mail

YB Steven Sim telah memenangi kerusi Parlimen Bukit Mertajam dalam PRU13 dan memenangi sekali lagi pada PRU14. Sebelum itu beliau merupakan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Pendidikan:
• Lulusan Ijazah Sains Komputer dari Universiti Malaya.
• Menamatkan kursus "Politik dan Polisi di Asia” di Lee Kuan Yew School of Public Policy, National University of Singapore.

Sorotan kerjaya:
• Pembantu khas YB Chong Eng (bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam) dan YB Lydia Ong (ADUN Berapit).
• Eksekutif urusan di sebuah MNC.
• Pegawai Khas EXCO Belia, Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Pulau Pinang.
•Pegawai Eksekutif Kanan, Penang Institute.

Politik:
• 2007: Menyertai DAP.
• Terkini: Timbalan Setiausaha Organisasi DAP Pulau Pinang, Setiausaha Jawatankuasa Perhubungan Parlimen DAP Bukit Mertajam, Setiausaha Publisiti DAPSY Negeri Pulau Pinang dan Pengarah Pendidikan Politik, DAPSY Malaysia.

Lain-lain:
• Pemimpin Global Muda oleh Forum Ekonomi Dunia, Kelas 2012.

5. Timbalan Menteri Pendidikan: Teo Nie Ching, 37 Tahun

Image via Berita Daily

Pada PRU 2008, YB Teo merupakan calon yang dipilih untuk kerusi Parlimen Serdang. Pada PRU13, beliau bertanding dalam kerusi Parliman Kulai dan memenanginya. Kemenangan ini berlanjutan dalam PRU14.

Pendidikan:
• Lulusan undang-undang di University of the West of England.

Sorotan kerjaya:
• Pembantu Undang-Undang di Messrs Gideon Tan Razali Zaini.

Politik:
• 2007: Menyertai DAP.
• 2008 - Terkini: Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP dan Penolong Setiausaha Penganjur DAP Selangor.


6. Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar: Isnaraissah Munirah Majilis, 36 Tahun

Image via Detik Finance

Pada PRU13, YB Munirah bertanding untuk kerusi Parlimen Kota Belud namun tewas. Pada PRU14, beliau kembali bertanding untuk kerusi parlimen yang sama, menghadapi sepupunya Salleh Said Keruak dari UMNO dan seterusnya menang.

Pendidikan:
• Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Politik:
• 2011: Menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
• 2016: Menyertai Parti Warisan Sabah (WARISAN).
• Terkini: Ketua Wirawati Parti WARISAN.

Semoga tokoh-tokoh ini mampu memberi inpirasi buat golongan belia di luar sana!

Image via Kausern Reviews

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment