Lewis Hamilton Kunjungi Sempadan Rafah, Lihat Sendiri Usaha Bantuan Untuk Gaza
Kehadiran Hamilton itu berlangsung ketika keadaan di Gaza semakin membimbangkan susulan hujan lebat yang menyebabkan puluhan ribu khemah penduduk terjejas.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Juara dunia Formula 1 tujuh kali, Lewis Hamilton mencuri perhatian apabila mengunjungi kawasan sempadan Rafah bagi melihat sendiri usaha penyaluran bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin

Lawatan itu menyaksikan Hamilton bertemu petugas kemanusiaan yang terlibat dalam operasi mengumpulkan dan menghantar bekalan ke Semenanjung Gaza yang masih berdepan krisis kemanusiaan.
Difahamkan, kunjungan tersebut diatur oleh Gabenor Sinai Utara, Khaled Megawer, yang turut memberi penerangan mengenai usaha Mesir membantu penduduk Gaza.
Kehadiran Hamilton itu berlangsung ketika keadaan di Gaza semakin membimbangkan susulan hujan lebat yang menyebabkan puluhan ribu khemah penduduk terjejas.
Lebih menyedihkan, ramai penduduk masih kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berlindung di khemah selepas kediaman mereka musnah akibat peperangan

Dalam pada itu, usaha menyalurkan bantuan turut berdepan pelbagai sekatan apabila petugas kemanusiaan mendakwa jumlah trak bantuan yang dibenarkan memasuki Gaza jauh lebih rendah berbanding 600 trak sehari seperti ditetapkan dalam perjanjian gencatan senjata.
Lawatan Hamilton sekali gus memberi perhatian kepada krisis kemanusiaan yang masih berlarutan serta kesukaran penduduk Palestin mendapatkan bekalan keperluan asas.
Lihat video di bawah:
Seven-time Formula One world champion Lewis Hamilton has visited Gaza aid operations in Egypt, touring the Rafah crossing and Red Crescent warehouses to see how supplies are coordinated. The 41-year-old has spoken out about ending conflicts and supporting those in need. https://t.co/XlCBK3GYu7
— Al Jazeera English (@AJEnglish) November 10, 2026
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via