DOSM Dedah Kadar Kelahiran Negara Kini Menurun, Angka Kematian Meningkat Julai-September

Difahamkan, kadar kelahiran kini susut dan tidak dapat menampung kadar kematian dalam Malaysia.

Cover ImageCover image via Kosmo & Utusan

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jumlah kelahiran hidup di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan pada tahun ini

Dilaporkan oleh Kosmo, kelahiran pada suku tahun ketiga 2026 iaitu 92,043 merosot 7.8% berbanding 99.786 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Jumlah kematian pula meningkat 8.7% kepada 52,188 kes berbanding 48,001 kes pada suku tahun ketiga 2025.

Data ini diperoleh daripada Perangkaan Demografi Malaysia Suku Tahun Ketiga 2026 yang telah dijeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Daripada keseluruhan kelahiran hidup, bayi lelaki mencatatkan jumlah lebih tinggi iaitu 47,143 kelahiran atau 51.2%, manakala bayi perempuan sebanyak 44,900 kelahiran atau 48.8%.

Nisbah jantina ketika lahir adalah 105 bayi lelaki bagi setiap 100 bayi perempuan.

SAYS.com
Image via Berita Harian

DOSM turut menunjukkan data mengikut komposisi etnik yang ada di Malaysia

Bagi komposisi etnik, DOSM menunjukkan etnik Melayu mencatatkan peratusan kelahiran tertinggi sebanyak 67.2%, diikuti Bumiputera lain 14.2%, Cina 7.7% dan India 3.8%.

Daripada keseluruhan 52,188 kematian yang direkodkan, lelaki menyumbang sebanyak 29,898 kes atau 57.3% manakala kematian perempuan sebanyak 22,290 kes atau 42.7%.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kerjaya

Mengikut umur, DOSM menunjukkan golongan berusia 60 tahun dan lebih mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak 36,795 kes dan diikuti oleh mereka yang berusia 42 hingga 59 tahun dengan 10,629 kes, 15 hingga 40 tahun dengan 3,729 kes dan kanak-kanak berumur 14 tahun dan ke bawah dengan (1,025 kes).

Melayu mencatatkan peratusan tertinggi bagi kematian mengikut etnik sebanyak 52.7%, Cina (25.7%), Bumiputera lain (10.5%) dan India (8.5%).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS