seismik

KKM Gesa Orang Awam Henti Guna Ubat Batuk Tercemar Jenis 'Guaifenesin Syrup TG Syrup'

Difahamkan, produk tersebut juga tidak berdaftar di Malaysia.

Cover image via Bernama via The EDGE Markets & KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (Facebook)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sirap ubat batuk tercemar dikenali 'Guaifenesin Syrup TG Syrup' tidak berdaftar di negara ini

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Mohd Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, produk yang dikilangkan oleh QP Pharmachem Ltd. (Punjab, India) itu dikesan mengandungi diethylene glycol dan ethylene glycol melebihi had yang dibenarkan.

“Semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM mendapati bahawa produk tersebut tidak berdaftar di Malaysia.

“Kami sedia maklum mengenai amaran dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 25 April lalu mengenai sirap ubat batuk tercemar itu.

“Pengambilan produk sirap ubat batuk yang tercemar dengan diethylene glycol (DEG) dan ethylene glycol (EG) adalah toksik kepada manusia yang boleh memberikan pelbagai kesan sampingan,” katanya menerusi kenyataan akhbar baru-baru ini menerusi Facebook.

"Produk tercemar ini adalah tidak selamat untuk digunakan terutamanya dalam kalangan kanak-kanak kerana boleh menyebabkan kesan serius atau kematian" - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Mohd Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan

Antara kesan sekiranya seseorang terdedah dengan bahan tercemar itu adalah seperti:

- Sakit pada bahagian abdomen

- Muntah

- Cirit-birit

- Kesukaran untuk membuang air kecil

- Sakit kepala

- Perubahan kepada mental

- Kecederaan teruk pada buah pinggang

“Meskipun produk ini tidak berdaftar di Malaysia, kami ingin mengambil kesempatan untuk menasihati orang awam yang menggunakan ubat itu supaya segera menghentikan penggunaannya.

“Sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat berhubung penjualan produk tidak berdaftar di pasaran, aduan boleh dibuat melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my, katanya.

Jelas beliau lagi, orang awam juga digalakkan membuat aduan sekiranya terdapat keraguan tentang kualiti dan keselamatan produk yang digunakan.

Pada masa sama, Muhammad Radzi berkata, KKM akan menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin serta akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Berikut di bawah adalah kenyataan akhbar rasmi penuh daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Mohd Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: