KKM Tarik Balik 14 Ubat Batuk Yang Mengandungi Pholcodine Di Pasaran. Take Note!
Kalau ada ubat ini di rumah, hentikan pengambilan ya.
Pesakit yang mengalami batuk-batuk kebiasaannya akan pergi ke klinik atau farmasi untuk mendapatkan ubat
Ubat tersebut dipercayai akan melegakan dan mengurangkan batuk. Namun, baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan untuk memanggil balik semua produk ubat batuk yang mengandungi pholcodine.
Pholcodine merupakan ubat untuk mengawal dan menghentikan batuk kering dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak.
Sebab ubat ditarik balik ialah risiko keselamatan dikesan apabila pesakit menjalani proses pembiusan umum (general anaesthesia).
Ia akan terjadinya anafilaksis (reaksi alahan teruk dan mengancam nyawa) dengan penggunaan ubat pengendur otot (muscle relaxant) atau neuromuscular blocking agents (NMBAs) semasa proses pembiusan.
Antara produk yang ditarik balik oleh KKM:
Lihat laporan penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!