Nama KLIA Ditukar Kepada Sepang International Airport (SIA) Sudah Rasmi?

SIA pun SIA lah.

Desas-desus yang mengatakan KLIA akan ditukar nama kepada SIA telah mula menjadi buah mulut orang ramai

Image via SAYS

Terdapat pihak yang merasakan KLIA sepatutnya diberi penjenamaan semula memandangkan lokasi lapangan terbang itu sendiri yang terletak di Sepang, Selangor dan bukan di Kuala Lumpur.

Sejak semalam, tular di media sosial sekeping surat yang mencadangkan nama lapangan terbang tersebut ditukar daripada KLIA kepada Sepang International Airport (SIA).

Lihat di bawah:

Image via Facebook

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan masih belum menerima sebarang permohonan rasmi berhubung perkara tersebut

Bercakap kepada Berita Harian, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata perkara terbabit memang pernah disebutkan dalam mesyuarat MMKN tetapi setakat ini tiada apa-apa yang diputuskan.

EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han

Image via malaysiagazette.com

“Perkara ini timbul kerana KLIA terletak di Sepang, Selangor. Lapangan terbang antarabangsa yang terkenal sering menggunakan lokasi setempat sebagai namanya, contohnya adalah Narita dan Haneda di Tokyo, Incheon di Seoul, Suvarnabhumi di Bangkok, Baiyun di Guangzhou, Pudong di Shanghai, Schiphol di Amsterdam dan sebagainya,” katanya.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Tahir berpendapat bahawa nama SIA itu tidak sesuai untuk digunakan kerana imej Malaysia lebih sinonim dan terkenal dengan Kuala Lumpur

Mohd Anuar juga berkata secara logiknya, perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran pelancong adalah ibu negara Malaysia iaitu Kuala Lumpur.

“Mesti mereka akan sebut Kuala Lumpur dahulu berbanding Sepang kerana Sepang hanya daerah di Selangor berbanding Kuala Lumpur yang lebih gah sebagai ibu negara."
Mohd Anuar Tahir

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment